Homemade Flour Tortillas

Homemade Flour Tortillas

Ola,

Korang pernah makan chicken twister kat KefC tak? Ala yang macam lempeng bungkus tu…. favourite aku tu tapi jarang dapat makan sebab malas nak pergi KefC and also sebab aku kedukut duit, mahal maaa… Kalau 2-3 hinggit tak pe la… Kalau jalan-jalan Tesc0 pun, banyak tortilla skin ni dijual tapi pada aku membazir beli sebab nak makan 1-2 keping je and harga pun bukan murah sangat (matik lah kedukut macam Haji Bakhil) nanti terbuang macam tu aja, lagipun benda tu harus la ada letak preservative skit kan, kalau tak macam mana tahan lama?

So, the best thing is pada aku ialah buat sendiri. Gigih la mencari resipi kat internet tapi baru la ni rajin nak buat. Rupa nya senang ja nak buat tortilla ni, lebih kurang macam buat capati cuma pakai tepung gandum biasa, ada juga corn tortilla tapi ‘masa harina’ tu (tepung dia) susah nak cari kat JB ni… (tapi jangan mara, akak dah beli satu peket, tunggu masa je nak buat. Macam sayang nak pakai sebab dah tak de lagi in stok) Ini ialah hasil eksperimen aku and aku rasa the best tasting tortilla yang aku dah makan buat masa ni…

Tortilla Ingredient :

  • 90 gms tepung gandum/wheat flour
  • 15gms butter
  • 1/8 tsp baking powder
  • a pinch of salt
  • enough warm water to bind into a soft dough

Cara :

  1. Campur kan butter ke dalam tepung yang sudah digaul dengan baking powder & garam, guna hujung jari sampai  rupa tepung seperti pasir.
  2. Tuang sedikit air suam dan gaul hingga tepung menjadi doh yang lembut.
  3. Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan biar dalam 1/2 jam (balut dengan kain lembap @ plastic wrap)
  4. Canai doh hingga nipis dan masak atas kuali leper hingga gelembung udara muncul dan doh sudah ke~perangan

2 Responses »

  1. dekat mana ye boleh cari tepung masa harina? nak try buat tortilla chips.. tp ada orang cakap kene pakai cornflour (masa harina) .. flour tortillas tak boleh eh buat tortilla chips?

  2. depends on where you are right now… kalau kat jb you can try looking kat cold storage taman pelangi. kalau kat temppat lain, boleh cuba cari kat supermarket besar yang banyak jual barang import… masa harina bukan macam tepung jagung biasa cap kupukupu tu… tepung dia kaler macam kuning sikit… or you boleh cari kat jusco bahagian jual barang2 organic… just remeber dia bukan macam tepung jagung biasa yang kita pakai tu… eleh.. kalau tak jumpa, bantai jek pakai tepung gandum or tepung atta yang buat capati tu… kita buat dia kan..?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>