Heatwave….

Heatwave….

Kawan2, semenjak dua menjak ni, cuaca panas bebenor. Pagi-pagi, berjalan dari carpark ke lift pun dah berlengas ketiak.. Not just that, nak mandi pagi yang selalu nye liat jek sebab sojuk – tak de makna nya… air paip yang keluar tu suam-suam kuku and rasa macam tak puas mandi sebab still rasa panas….

Tengahari tadi hantar kereta kotak aku tu pergi workshop aircon. Time panas terik, perit ni lah dia buat hal…. dah 2 kali hantar betul kan aircon tahun ni… kali ni tukar workshop lain sebab pomen yang lama tu penipu lah, tak kan lah tiap2 tahun nak kena tukar compressor aircon…. mentang-mentang kita tak tau hal dalaman kereta, sedap jek dia nak kelentong duit kita…. Dalam diam dekat RM700 gak dia pow duit kitaorang betul kan aircon si kotak tu… haram jadah tul! So kali ni ada member en.laki rekomen lah… alhamdullilah, so far sejuk … rega pun tak mahal sangat….

Masa tunggu pomen betul kan kereta, pergi lunch kat gerai makanan dekat2 situ…. sebab cuaca panas sangat, selera pun kurang (AJAIB KAN?) tapi ….(ada gak TAPI) makan jugak…

Aku makan nasi separuh, sebiji bagedil, sepotong telur dadar dan sesenduk rebung masak lemak – harga RM3.00. Pada aku mahal sebab kentang kan murah, telur murah, beras tu aku tau jenis murah so RM3.00 mahal lah…. tapi bila aku cerita kat mak aku, dia cakap sambil tengok tv… biasa lah tuuuuu….. and bila aku pikir2 balik, memang berpatutan lah harga tu… tak kan lah nak charge 2hengget pulak kan.. lambat pulak makcik tadi tu nak naik haji….. hihi..

Post tak de arah tujuan macam ni lah…. sebenarnya aku nak cerita…. dah lama hidup dengan seorang kedekut, taik idung masin…. aku pun terikut jadi bakhil, taik idung masin…. nasib baik tak kena paksa makan, ikan masin hari2…. kurus aku time tu…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>