Hari dah nak masuk subuhhh….

Hari dah nak masuk subuhhh….

Selamat tahun baru! eh, eh… dah nak masuk bulan dua, baru ke hapa, ye tak?!! Maafin lah diri i ni…. Naik Sawang, sarang labah2, sarang kelawar, sarang tikus dan macam2 sarang kat blog ni, baru la ni nak datang kemas sikittt… I sebenarnya, bukan tak de benda nak update tapi update i ni lately kebanyakannya berunsur kan carutans dan konplen sana-sini…. semua orang tak betul, semua orang menyakit kan hati…. macam mana…? Masuk 2011 ni, i tak de lah nak buat resolution ke hapa tu, azam tahun baru? tak dak aih… i cuma nak jadi muslimah yang lebih baik ja… nak kurang kan panas baran dalam diri ni, sebab setan suka, kalau kita ni baran2… nanti dia kata there she is, my best frend… so i kalau boleh tak moh laaa….tapi kadang2 tu tak dan… ada lah jugak benda yang kuis kat i, macam i tak agree gitu kan, so ini lah, ter update pagi2 buta ni…..

Macam ni, tadi i google resepi serunding kelapa. Terlanded lah kat satu website akak ni… dia ada kata pasal ada orang tak boleh kita nak mintak resepi, kedekut, tak nak bagi… lepas tu dia add on la kata, buat apa lah kedekut dengan resipi, bukan boleh bawak masuk dalam kubur, yang bawak masuk kubur tu cuma kain kapan….. Ha! Bila i terbaca tu, i terasa macam tak pueh hati laa… sebab i TERASA! Ha’ah… i memang terasa sebab i kedekut dengan resipi kek coklat i! Kek coklat ni, i buat niaga. I dapat dulu pun dari majalah kawan bagi pinjam… bukan i beli pun …. tapi i keluaq duit, cuba try test nak perfect kan rasa kek coklat tu. I pi belajaq buat kuih kat kedai, keluaq duit beratus ringgit naa…. datang ada hamba allah ni (dia ni ada beli kek kat i sekali dua..), talipon i, mintak resepi. I cakap kat dia, lembut ja, i kata resepi i tu sama je macam yang ada berlambak kat internet tu, cuba lah… Dia tak paham jugak, dia pester2 i, sampai dia cakap kat i, eh, u jangan takut lah i bukan nak ambik customer u pun… i cuma nak kan resepi tu je... dan i masih jugak berdegil tak moh bagi… last2 dia tanya i, apa bahan2 yang i guna? i kata kat dia, butter, gula, tepung, koko, coklat, macam biasa. Pastu dia tanya kat i, ye lah sukatan dia berapa? Tak pitam kaaauuu? Dekat 15-20 minit tu dia paksa i… Tensen betul! Bila i cerita malam tu kat rumah, mak i seperti biasa cakap kat i, eehh! jangan bagi! My father pulak, cakap kat i, kenapa ko kedekut sangat, bagi je lah, tapi jangan bagi resepi yang penuh…. la.. ada ka patut? Pada i, kalau i nak bagi resepi, i bagi dengan seikhlas hati i, tapi kalau i tak nak bagi, i tak akan bagi. Full stop.!

I tau, rezeki ada dimana2, kalau i share resepi tu mungkin orang tu akan mendoakan rezeki kita makin bertambah, masaalah nyer, dia tu i tak kenal pun! I kenal gitu-gitu je, tak pernah berbual2 macam kawan, memang bukan kawan i, kenapa dia memaksa i macam i berhutang kat dia? U makan kek sedap kat secret recepi, ada tak pergi masuk dapur restoran tu pergi paksa tukang masak dia spill the beans? Makan sedap kat warung mak jah tepi jalan, sedap pulak ayam goreng dia, you tunggu tepi kuali mak jah sampai dia bagi resepi ayam goreng tu? Mungkin tidak kan?!

Kita kena lah hormati pendirian dan hak orang lain. Kalau dia tak nak bagi kepunyaan dia, tak nak kongsi, kenapa pulak kita nak marah, nak jatuh hukum cakap pasal kematian dia? Tak malu ke kita? Tak de adab ke kita? Pasal resepi! Nak kondem kat orang tu, mati nanti bawak kain kapan! Ish! Ish!…. Tak koser lah i….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>