Hadramawt Pan Pac JB dah maut ke?

Hadramawt Pan Pac JB dah maut ke?

Dah dua ke tiga kali datang sini nak makan tapi hampeh tutup…. and end-up kena makan kat restoran lain kat dalam pan pac tu.. kalau murahan tak per la jugak.. ini nampak je murahan tapi kepalsuan … banyak caj-caj tersembunyi….

Hari tu aku dah berangan nak makan hummus dengan roti arab yang besar dulang tu…sekali tengok…restoran tu gelap gulita…tutup! Chis! Binawe betul…. aku dah malas nak kuar cari tempat lain, nasib baik my maman dengan baik hati dan comel ajak makan kat coffeehouse hotel…. hehe… tapi tak makan buffet laa… tak de masa..kan aku time lunch, tak de masa nak bersantai mengisi tembolok… rasa rugi pulak bayar dekat-dekat RM50+ kalau makan ala-ala cover line kan..? Mak aku ingat makan kat kopihaus otel ni macam makan kat restoran osman, ada ke dia tengok menu pastu cakap… MAHALNYE…. kuat plak tu… ishhhh! Ada dua orang kat table sebelah tu dok jeling-jeling… mak niiii…. makan kat hadramawt pun lebih kurang je makkk…. tak de pulak cakap mahal…? Mentang-mentang lah datang dari Arab, mahal pun tutup mata je … hehe 😛

Ini apa my maman akhirnya order… nyonya curry mee. HAMBEK! Besar mak gajah mangkuk dan isi kandungannya… rasa boleh tahan sedap… kena lah dengan rega nya tu… mengah mak aku nak mengabihkan…

Aku sebab lapar…order nasi goreng, special ke tidak, aku tak pasti. Yang pasti memang merrys sekali bila sampai.. nasi goreng hotel biasa lah.. mesti ada satay, telur mata lombu, acar, ayam goreng, keropok atau in this case rempeyek… i was surpised dia tak letak sebatang pokok kelapa miniature, complete dengan beruk petik kelapa sekali… haahhaha… Nasi goreng was so-so.. ok lah tak de lah tak sedap tapi tak lah sedapppp ggiillerr kan.. Ok saja.. Aku juga sebab tak tahan godaan syaiton dah mengorder dessert buffet… :) tak dapat makan buffet, makan dessert buffet pun jadi lah.. puas hati aku… tapi gambar dessert tak amek sebab kesuntukan masa ok.. mana nak maraton amek kuih, mana nak makan, mana nak amek gambo… tak sempat…

Total kerugian tengahari tu ialah RM100 + parking. Nasib baik makan dengan maman, tontong… APA??? Korang ingat aku KAYAA???? Sorry, laki aku belum bermurah hati nak hadiahkan printer duit lagi…. so kalau nak makan tempat sedap kena lah kongsi-kongsi, kalau tidak, mau robek walletnya… Oh ya.. aku memang sengal.. tak pernah teringat nak call ahead si hadramawt ni tanya dia open for business ke idak?

Ok itu saje cerita untuk hari ini.. Arrivederci!! Areeba, Areeba, Areeba!!

2 Responses »

  1. kesian Julie…tak pe hadramawt tu mahal lagi pun so tutup x pe. Cuba Julie gi kat kedai arab baru kg melayu majidee…best mandy lamb rice dia…nama WADI EL-ARAB…yg ni gerenti x tutup nye hehe….cuba tengok pics dalam entry saya pada 3/3/12..address pun saya tulis situ tapi senang je carik…betul2 tepi jalan yg ada pasar malam tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>