Fennel & Orange salad

Fennel & Orange salad

2 – 3 hari lepas, blog aku suspended, bukan kerana aku tak bayar atau pun kerana aku suka suspender tapi sebab ada orang yang tersangat bijak dan pandai (CI!) telah meng’hack’ kan host aku. Jadi aku lah yang menjadi mangsa keadaan, sama macam peribahasa – gajah dengan gajah gadoh kancil mati tersepit ditengah-tengah. Only in this case aku lah sang gajah dan si kancil2 tu pula yang sibuk bergaduh…. penat ahkak…! Nasib baik lah ada seorang adik cum host yang bijak pandai (bodek sikit..) so sekarang aku kembali lagi meng’angin’ kan kain tak berbasuh ku ini…hehe… Tak sia-sia aku jadi guarantor hutang PTPTN ko……..opss!…. sorry, wrong adik.

Anyway.. sebelum aku kena suspender tu hari, aku tengah gigih menghupdate dengan post-post yang tak penting. Ini ialah salah satu dari nya yang tak sempat nak aku publish….

Aku suka jalan-jalan kat Jusc0 supermarket Buki+ Indah sebab aku akan jumpa dengan banyak sayur-sayur import yang biasanya aku tengok kat food channel or from the internet. So, ada ketika, lama dah, aku sudah pow duit Mohdaa sebab dia paksa ikut pergi beli baju DIA (bukan nye baju aku tau..) aku cakap nak beli buah tapi seperti biasa bila aku pergi supermarket aku mesti akan TERbeli benda-benda pelik. Kali ni aku beli fennel bulb. Malas nak cerita apa bendalah ni, korang google lah sendirik. Gambar menatang tu pun aku lupa nak ambik sebab kamera gedabak tu pada Mohdaa and kamera kompak ku yang cute tu don’t do justice to the fennel.

Fennel ni rasa dan bau dia macam licorice. Tak tau apa licorice? aah..susah… Alah… bau dia lebih kurang macam bau bunga lawang lah… Sweet smell. Tekstur dia ranggup, rasa – aku susah nak describe, macam manis-manis buah lah lebih kurang…. sedap jugak lah.. Ini resipe yang aku come up with setelah ditimbang kilo apa aku nak buat dengan benda tu sebelum dia rosak dan masuk perut cik tong.

Fennel Salad

  • You will need one fennel bulb sliced thinly
  • 1 orange ( i used two but that’s because i’m greedy – jangan ikut tamak haloba tak bagus nanti perut buncit -macam aku..haha)
  • ½ of red onion sliced thinly

Salad sauce

  • 1 tbsp dijon mustard
  • 1 tbsp lime juice
  • 2 tbsp olive oil
  • salt
  • sugar
  • blackpepper
  1.  Wash and slice the fennel thinly
  2. Cut the orange in wedges and de-skin… 😛
  3. Slice onion thinnly
  4. Mix all of the sauce ingredients
  5. heap the fennel and de-skinned orange on a plate, scatter the sliced onions and pour in the sauce.

Tadaaa…… dah siap. Sedap dan sesuai untuk orang yang nak berdiet… (aku lah konon nya)

fennel-salad-2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>