Felda Residence Inn, Terengganu ~ 2010

Felda Residence Inn, Terengganu ~ 2010

Olla!,

Hari ni nak ulas pasal hotel felda yang kat ganu ni….

otel-ganu3

Aku pergi 2-3 hari lepas, hotel ni baru lagi. Baru setahun beroperasi kot?

otel-ganu5

Lokasi sangat strategik, bersebelahan dengan hotel sri m4laysia, dekat dengan waterfront, haaa dekat dengan chinatown ganu which coincidently is on the way to pasar payang…. strategik takk? Hotel ni sebelah sungai ganu so kitaorang dapat bilik yang mengadap sungai… sangat cantik pemandangan dipagi hari, kalau time petang tak koser nak diri depan tingkap lelama sebab PANAS!… From the hotel window boleh nampak masjid kristal, taman tamadun islam, jambatan apa nama ntah tu yang seberang ke pulau duyong, boleh nampak pulau duyong and ri-yaz heritage ke apa nama ntah hotel yang kat pulau duyong tu…  Kami sempat gak merayap sampai ke ri-yaz ni, aku lah yang beria-ia sangat nak pergi sebab kat dalam internet kalau tengok gambar tu memang meleleh air liur sebab cantik sangat tapi realiti masa aku pergi tengok tu….. hampeh! Kawasan tu memang nampak ekslusif tapi in the middle of no where ok, macam padang pasir pun ada, tak de pokok2 yang meredup kan suasana, granted lah cuaca 2-3 bulan ni panas terik! tapi kawasan tu tak cun, tak best pada aku… harap je rate mahal, duduk tepi sungai bukan boleh mandi pun setakat mandi kat swimming pool, duduk rumah pun boleh, nak rehat kan otak pun, apa barang tak de pokok panas terik…… buang duit…errkkk! sorry emo pulak…

Ini lobi hotel felda ni… time petang panas terik sebab dinding kaca, view cantik tapi cahaya matahari terik, amek kau…panas and silau… hehe 😀

otel-ganu6

Masa aku pergi ni ada promotion rate 2D1N RM170nett no breakfast, 3D2N RM330nett no breakfast. Aku punya sengal, masa booking bilik, satu hari jek, malam tu (the same night that we checked-in) baru decide nak extand 1 hari lagi, so they charged us RM170nett @ 2 nites, which is not fair actually…. aku tau lah difference cuma RM10 jek tapi still duit aku … rugi woooo!

otel-ganu

Room biasa jek, selesa lah… bersih sebab baru lagi tapi aku tak suka aircon dia sebab airvent dia bising, bunyi macam tengah masak air and aircon tu macam mana ntah, berabuk ke angin, tak fresh ke, aku keep on sneezing masa dalam bilik…. tak syok! Yang arrow tu pointing to the vent yang bising bangat, ganggu orang nak titon. Yang the other arrow tu pulak, nampak ada mould on the syiling…. maybe that’s why aku asyik bersin kot..?

otel-ganu7

otel-ganu2

Tak de mini bar cuma ada tea/coffee making facilities yang ditambah keesokan hari, which was nice. Ada mini fridge tapi design almari tu tak de lubang kat sebelah belakang menyebabkan almari tu panas and terkuap bau busuk bila kita switch on the fridge. Toilet tak de hot water walaupun aku dah switch on the heater. Tak kisah la tapi ala-ala terkejut beruk sebab sejuk… Aku suka sabun hotel ni… tak wangi tapi best sebab tak mengering kan kulit…

otel-ganu4

Tak baik kan aku asyik kutuk jek, puji sikit lah… sebelah jamban ada paip untuk korang membersih kan diri selepas doing you know what, dalam shower ada special pipe untuk berwudhu, dalam bilik ada iron and ironing board which was really a nice touch, ada sejadah, tafsiran al-quran (so kalau rasa takut ada hantu, boleh sembahyang and baca al-quran) the staff was quite nice, ada polis bantuan jaga tempat parking kereta so you don’t have to worry so much TETAPI tempat parking tak de bumbung (PANAS!) and yang kat keliling hotel tu terhad, kalau penuh korang kena parking kat seberang jalan, pun tak berbumbung jugak…. (don’t worry though sebab aku nampak polis bantuan tu meronda tengok kawasan seberang jalan tu)

Sekian.

2 Responses »

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>