Entry tak perlu…

Entry tak perlu…

Dah 2 hari berturut2 aku tak masak untuk iftar, beli ja kat bazar ramadan UDA. What to say, walaupun mudah sebab tak payah tergopoh – gapah nak masak, hati kurang senang disebab kan perkara2 di bawah :

  1. Nak pergi UDA dari rumah aku macam nak pergi serah diri untuk disiksa, jalan jem. Bila jalan jem, orang semua berperangai seperti beruk makan belacan (kurang ajar punya beruk , tak puasa!) termasuk lah aku… tapi aku tak macam beruk, aku macam aku lah, brutal tapi masih siuman…. ­čśŤ ┬áSemalam, aku jadi saksi perangai seperti beruk ni… aku tengah stuck kat depan sekolah UDA lane dalam yg dekat belah sekolah tu ler, sambil tunggu giliran boleh jalan, adalah segelintir beruk2 belacan ni memotong ikut kiri, ikut lane extra selalu orang guna untuk berhenti emergency… lepas tu dia orang akan himpit kereta2 dalam lane aku untuk keluar. Macam lanun beruk, memaksa, macam lah dia je nak cepat… Ada satu kereta ni, atoz biru, melebih2 plak dia menghimpit kereta orang sebab dia nak pergi lane paling kanan, aku dok perati je lah sebab bukan aku yang kena… pas tu yang best nyer, lepas dia dah dapat keluar ke lane kanan tu, ada satu teksi sudah himpit dia BBAAEEKKK punya. Rapat, sampai boleh bukak tingkap cium mulut lah…. Bila tiba kat traffic light, aku nampak driver atoz biru tu sudah berdiri ┬ákat luar bergaduh dengan driver teksi tu…. dua2 ┬álelaki melayu berumur dalam lewat 40an. Buruk betul perangai, puasa ke tak tu?
  2. Kenapa makanan yang dijual di bazar sangat mahal? Nasi briyani hyderabad lauk ayam – RM7.50 satu set. Memang sedap tapi nasi sikit, banyak bawang goreng dan nasi yang dah keras. Air tebu satu paket RM2, ingat kan air tebu fresh, rupa nya bancuh daaaaa! ┬áAir khatira satu paket RM2 juga, tapi tak de isi ┬ádalam air tu, serbuk2 ja. Karipap kambing RM1.50 sekeping, masalah nye aku beli 6 biji, cuma satu biji je aku dapat rasa kambing nye, itupun cuma sepotong kecik…sedap memang sedap tapi melampau mahal…Air coconut shake satu gelas plastik RM2.50, rasa susu lebih, tak de rasa kelapa pun, mahupun isi kelapa muda. Nak beli nasi ambeng UDA yang femes tu tapi penjual nya sangat lah bongkak! Aku berdiri depan dia dekat 3 minit dia buat tak tau je, dia just berbual dengan geng dia, padahal masa tu tak de orang pun beratur nak beli. Aku tak tau lah sama ada orang tu pekerja atau tokey dia tapi dah 2-3 kali aku pergi gerai nasi ambeng UDA ni layanan memang sangat mengecewa kan. Sikap orang front liner dia tu, bongkak betul! Pada dia, dia tak akan rugi la kalau kau tak makan jualan dia, ramai orang lain akan beli. So, kedai tu aku dah blacklist kan! Bukan sedap sangat pun, perangai macam tak cukup sifat, baik aku simpan RM4 aku. Kalau beli yang harga berpatutan, rasa pulak tak berpatutan. Aku rasa lah kan, kalau tak pandai masak, lebih baik jangan meniaga makanan la.. Buat tambah dosa aku je dan korang jua, sebab baca blog aku… hihi!
  3. Faktor kewangan, pergi bazar time tengah puasa, semua yang mata ni nampak, nak beli. Membazir. Kalau tak beli semua benda pun, harga jualan tu boleh mengakibatkan inflasi kepada diri aku, lakibini.

Jadi…. tadi aku masak lah untuk berbuka….. lauk nangka muda masak lemak, ayam goreng rempah dan sambal belacan. Air sirap limau. Alhamdullilah, bertambah aku makan…. hihi, en. laki slow sikit la… sebab bukan lauk kegemaran dia. Perut kenyang, hati tak sakit, dijamin bersih dan halal, cuma letih sikit je….. gambar tak dok sebab kamera sudah pergi mengail… sigh!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>