Egg Tarts Khas untuk Cik Mimi

Egg Tarts Khas untuk Cik Mimi

Egg Tarts dah lama berkurun buat tapi tak post dekat blog sebab kertas resipi nyer hilang…. so disebabkan semalam mengemas bilik yang mengalah kan tongkang pecah, aku sudah terjumpa dengan kertas ini… Rezeki you cik mimi…

Resipi asal from here.  Sebenarnya, aku dah bega2 kan resipi tu and for the life of me, i can’t remember  what i changed exactly. Yang aku ingat is, tart crust tu memang aku ikut bulat2 and it was SEDAP! A bit sweet but that didn’t matter because my egg filling was mildly sweet…

Tart Crust :

  • 220 gms tepung gandum
  • 80 gms castor sugar ( boleh guna guna icing sugar untuk kurang manis atau omit trus ~ tapi tak sedap laaaa..)
  • 150 gms butter – softened and cubed
  • 1 egg
  • 1/2 tsp garam (tak letak pun sebab butter aku salted)

Cara2 :

Untuk cara2 mengadun dengan lebih detail, boleh pergi ke website diatas tu, kalau ikut cara aku senang ja… tepung tu ayak, tak moh pun boleh..(kita buat dia) lepas tu lebur semua dalam mangkuk, ramas butter dengan tepung guna hujung jari ja, bila dah macam pasir atau breadcrumb, campur telur and gaul sebati. Jangan uli kuat sangat, cukup untuk satukan aja. Simpan 1/2 jam dalam peti ais, lepas tu canai letak dalam acuan or kalau malas nak torak, just ambik sikit and tekan2 dalam acuan, lepas tu bakar sekejap 180C – dalam 5 – 8 mins (tak kuning pun) baru tuang filling and sambung bakar.

Custard filling :

  • 400 gms susu segar
  • 6 eggs (gred AA)
  • 275 gm sugar – aku pakai 200gms aja
  • secubit garam
  • 1 tsp vanilla – aku tambah
  • pewarna kuning jika perlu

Cara2 :

Lebur semua dalam periuk, masak atas dapur dengan api perlahan sampai gula hancur. Tapis adunan biar sejuk, masuk dalam bekas tart,  bakar sampai masak. Jenis ni tak de kesan terbakar atas tart but it taste just as good. Yang jenis tu aku tak buat lagi…. belum berhajat nak buat puff pastry from scratch. Nanti lah dulu naa….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>