Durian Goreng @ Odeen Corner Larkin

Durian Goreng @ Odeen Corner Larkin

Hari tu pergi makan kat Odeen Corner, makan nasi goreng usa je…. kurang sedap… aku makan tak habis…. memang betul tak sedap lah tu… Orang kuat makan macam aku ni, mana sampai hati tengok makanan terbuang…..

For dessert, aku order durian goreng. Selalu jumpa kalau makan kat hotel-hotel je… tak sangka ada jual kat sini kan…. Satu biji harga RM0.80. Selalu beli, sedap, hari ni macam kureng sikit…… tepung yang salut kat luar tu terlalu garing and serap minyak pulak……

So aku telah mengopek-ngopek tepung tu sebelum makan….. bila dia dah ala-ala bogel tu, baru aku tau rupanya diaorang just guna kulit popia, letak inti campuran durian, salut tepung and goreng…… sonang jo…. boleh cuba ni…..

hahahaha…. cakap memang senang, cuba lah buat…. ntah menjadi ke tidak… teori memang nampak senang, praktikal… belum tentu… macam hari tu, aku buat kuih lompang. Kuih yang paling senang nak buat dalam dunia tapi bila aku buat…jadi? tak menjadii….! Sedeh dol! Tak tau lah kenapa tapi hari tu makan kat odeen semua rasa off, tak sedap…. either quality sudah merudum atau tekak aku yang dah merudum atau sebab jiwa yang diselubungi awan hitam mempengaruhi selera….. haaaa tapi tak kurus jugak…. 😛

3 Responses »

  1. I tak supply frozen food cik. Y not cuba call no ni – Odeen Corner 012-7376708.
    Mereka ada jual durian goreng, maybe ada info mana nak dapat supply?

  2. i ada supply durian goreng frozen..satu pack ada 12 biji siap tepung tempura..harga RM 15.00..hp 019-7113492

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>