Drama Lif ku Lif mu Jua…

Drama Lif ku Lif mu Jua…

Hari ni aku bad mood….tak de sebab, just because i am. Boleh, macam tu? Actually tak de lah bad mood mana pun, sebab aku memang hari-hari bad mood so ‘this’ is nothing. Kalau aku happy semacam tu yang patut membuat kan orang disekeliling aku risau…

Pergi lunch lambat, dah lah lambat, lif kat bangunan ni dah nak putus agak nya. Punya lah lama aku tunggu, tak sampai-sampai. Bila sampai, sudah tentu lah penuh macam tin sardin kan…tin sardin pun tak penuh macam tu lah… Pastu ada lah satu family india kat dalam tu, young appa, young amma and cute little sam (memandai jek aku namakan anak orang sam…). Si amma ni dari aku masuk lift, non-stop bebual…. aiyoyo kadawale! bising lah minachi, dah tu dia syoh sangat bebual dia punya tangan sudah tekan itu butang lif dari tingkat 27, 25, 23, 22, 19, 17, 16, 15, 14, 12, 11! Sakit tak hati nokkss?!!! Dah lah lif penuh, asyik berenti pulak tu, aku rasa macam nak sepit jek kepala si young amma tu kat pintu lif (i doubt she would stop talking though..)

Lepas tu aku buat kerja bodoh, sampai kat tingkat 23, aku pergi keluar pulak…. BODOH… sebab i waited for at least 15mins for the next lif. Bongok tul aku tapi masa lif sampai at least it was empty, or so i thought. Berhenti tingkat 16, seorang abg kerajaan masuk, pastu dengan segan sipu-sipu cakap; tingkat 11 please.. Bila sampai tingkat 11, kau tau nokkss…. satu group orang-orang kerajaan sudah masuk itu lif… badan sekor-sekor lebih kurang sama dengan aku jek, malah lagi besar pun ada, tu belum campur bahagi darab dengan beg-beg diaorang lagi… stress biawak je aku… Lepas tu bila aku tekan close door, pintu lif tu tak moh tutup pulak…rupa nyer ntah malaun mana agaknya pergi press open door pulak….. isshh….. pissssssttttt! (bunyi benda panas kena air tu…)(kira aku lah konon,  hot sangat..haha) Dah tu bila dah sampai ground floor, si orang-orang kerajaan ni tak moh keluar pulak…; eh..dah sampai ke? turun sini ke? Hadooii!!! Dah butang lif yang paling bawah ground floor, ko nak pergi mana akakkkkkk. Geram nye aku! Muka aku mesti sudah macam biawak tersepit masa tu kan…. nasib baik bukan biawak komodo. Ada akak tu kena gigit dengan aku…. Aku ingat bila dah turun tu ok lah… eh.. tidaakkkk aku stuck lagi belakang group diaorang… jalan pun slow…tolong lahhhh…. pastu bila aku cakap sensorang –hadooiii!-  boleh plak terperasan dan memberi jelingan maut kat aku. Podah! Ingat! Nasib baik aku bukan biawak komodo! Nahas lu..!

Ini cerita sehari sebelum tu pulak, aku nak keluar lunch gak. Masa tu aku dalam lif nak ke carpark, sekali itu lif sudah berhenti and masuk lah satu family middle age appa and middle age amma, Sam tak ikut…(hehe). Masuk-masuk jek lif, boleh ke,  si appa ni tanya aku;  mau pergi bank itu kena pergi bawah ka? Aku rasa macam nak cakap jek… tak payah la..tunggu sini dalam pun ok…… Rasa macam nak hantuk kepala kat bantal jek!!

6 Responses »

  1. wah..dah macam drama taiwan lah..huhuhu..

    mesti muke akak mase tu cam nak meletups..awwww

  2. huh… muka aku dah macam jabba the hut laaa….
    kalau tak tau sapa gi google gih..

  3. ko baca nak terguling-guling, apa lagi aku yang mengalami mimpi ngeri tu.
    nak aje aku guling-guling hempas badan atas lantai macam filem tamil, nasib baik aku takut kena saman dengan hotel ni. maklum lah badan aku kan chomel…nanti pecah pulak marbel floor dia…. 😛

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>