Dadih yang di Malaysia bukan yoghurt dong…!

Dadih yang di Malaysia bukan yoghurt dong…!

Hari ni aku buat dadih. Pelik kenapa ada orang cakap dadih is yoghurt sebab ianya ialah dua makanan yang berbeza walaupun asas nya susu lembu. Satu ialah hasil dari pentapaian bakteria keatas susu (which is yoghurt), satu lagi ialah manisan yang dibuat daripada agar-agar dan susu lembu (dadih). Memang lah dadih banyak dijual dikedai tapi memandang kan aku ini seorang yang ‘anal’ dan suka cari pasal, aku nak buat sendiri. Dadih dah siap yang aku beli biasanya tak sedap, tawar hebeh, memang lah harga cuma RM1.20 tapi ….. duit aku tu! dan aku juga tau yang bancuhan dadih segera berlambak jual kat kedai, macam2 perisa tapi kita tak tau apa pulak bahan yang digunakan tu kan? So nak lebih berkhasiat, menggemukkan badan dan yang penting halal, baik lah buat sendiri.

Ok.. i just read that there is a yoghurt called dadih in West Sumatra which is made from buffalo milk and fermented in bamboo tubes. Wadduhhh, malu nyer… TETAPI itu di Sumatera Barat bukan di Malaysia and definately not the ones that are sold here. Sebenarnya punca aku teruja sangat nak buat dadih ni sebab aku jumpa resipi nak buat dadih kat blog kakak ni dan juga sebab aku tak de bahan nak masuk dalam blog…. hehe..

dadih1

Bahan2 Dadih  (seperti biasa – copy paste 😛 ) :

  1. 25 g agar agar tali… (aku pakai 17gm sebab itu yang dijual)
  2. 500 g gula. (aku kurang sikit dalam 400gm)
  3. 3 liter air (2 liter)
  4. 400 g susu tepung (aku pakai susu everyday pek -350gm) di bancuh dengan 1 liter air panas (aku pakai 700ml) , tapis kalau berketul.
  5. 1 tin susu cair (aku pakai ½ tin – belen ayam kuzi aritu)
  6. perisa jagung (aku pakai jagung, keladi and honeydew + pewarna hijau)

Cara Masak :

  • Agar agar di rendam agar lembut dan di rebus dengan 2 liter air hingga hancur.
  • Kemudian masuk kan gula. Biar hancur, masuk kan bancuhan susu tepung,kacau biar rata. masuk kan sekali susu cair dan perisa jagung secukup nya.
  • Biar adunan nampak kuning cantik dan bau harum. Tutup api.
  • Masuk kan bancuhan dalam bekas air dan tuang ke dalam acuan tu…biat kan sejuk sekejap dan boleh la di tutup dan masuk dalam peti ais.
  • Adunan ini mesti lembik bukan keras macam lengkung. So sukatan air mesti tepat dan jangan biar kan mendidih lama atas api…

dadih2

*Verdict : dadih perisa jagung dan keladi (kuning dan pruple itu) sedap! not too soft not too hard ~ sedang-sedang, nyaman masuk tekak. Yang perisa honeydew itu (hijau), ada macam harem skit (tak sedap lah, sebab aku pakai perisa buat kek kan…hahaha) rupa perisa yang sedap tu pula macam ni…. jap aku pergi amik gambar dia…

perisa-dadih

Cuba lah, sesuai untuk orang tua-tua yang tak de gigi sebab lembut dan dibuat dari susu so in the same time bagus untuk tulang depa, bagus juga untuk kanak-kanak dan perempuan2 ayu macam2 kita. Susu kan ada kalsium… just remember to less the sugar.

** Untuk orang itu, sorry darling, aku tak sempat nak menghulur dah nak lesap…masak ler sendiri… 😛

*** lupa nak tulis, kalau korang pakai bekas macam aku tu boleh dapat dalam 16 biji….

5 Responses »

  1. takper…aku tak kecur sangat kalau dadih tu cuma orang kalau dah bagi tu kiranya satu bonus..hik.hik.hik…

  2. Dadih sebenar adalah beberbeza dari dadih yang ada di pasaran sekarang. Dadih yang banyak di pasaran boleh disebut sebagai agar-agar susu. Dadih sebenar (tanpa agar-agar) terjadi kerana proses pembekuan susu segar oleh baktiria atau bahan pembeku (enzim dari haiwan atau tumbuhan) cecair berasam (asam keping, asid sitrik). Rasa dadih ini lebih enak beberbanding susu yang dicampur agar-agar atau dadih segera.

  3. memang betul en. suhaimi, dadih @ dadiah yang dibuat dari susu kerbau @ lembu, dicampur dengan gula dan enzim untuk memekatkannya, tiada dijual di pasaran Johor. Dengar nya ada di jual di utara, mungkin Kedah, have to check with en.laki…

  4. Mak saya pun kata ubat dadih Susah nak cari dan dapat dark perut lembu. Yang org buat sekarang bukan dadih tetapi agar2. Saya buat dadih pakai serbuk dadih happy grass. Tak tahulah ori ke yidak tapi lembut macam dadih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>