Cili Kisar ~ Important component in Malay Cooking..

Cili Kisar ~ Important component in Malay Cooking..

Ceh..tajuk…macam best… tapi betul kan? Dulu masa muda-muda, aku cukup benci kalau mak aku suruh siang cili kering and buat cili kisar. BENCI! Nak kena buang biji, masak dengan air kemudian baru kisar. Aku selalu mengelat, potong cili kering gitu jek, tak buang biji pun and just rendam air panas, pastu kena marah…padan muka aku… Kalau dengan atuk aku lagi teruk, siang cili kering pun ada cara, tak boleh suka suki potong, nanti kena marah…cerewet! Dah tua la ni, aku pulak yang cerewet bab lada kisar ni, bukan tak boleh beli cili boh, dah siap kisar kan? senang tapi rasa dia kureng la… tak sama macam kisar sendiri. Nasib baik lah en. laki tak berapa suka lauk2 gulai bagai, so selamat lah aku dari selalu nak siang cili kering. Selalu kalau dah terlanjur kisar cili, aku akan kisar sekali banyak2, buat stok…senang kerja, nak masak sambal just ambik and tambah bawang merah, bawang putih and belacan. Selalu kalau kisar banyak, aku tak campur bawang2, tak tau lah kenapa ~ maybe takut masam cepat kot? Maklum lah aku kan SANGAT RAJIN masak….. hahahaha… So, lepas ni nasib korang lah baca entry aku semua berkaitan dengan masakan yang based on cili kisar…..

Jenis2 cili kisar :

  1. Cili Kisar Asli/Pure ~ Cili kering yang sudah dibuang biji nye, di rebus dengan air hingga mendidih dah dikisar kosong.
  2. Cili Kisar Asas/Basic ~ Sama macam di atas cuma tambah dengan bawang merah dan bawang putih dan kadang2 belacan sebelum dikisar. Aku jarang campur dengan belacan in case nak masak lauk yang tak de belacan kan…

OK…. 2 ja.. macam lah banyak sangat kan dari heading ~jenis2~ tu.. hihi

**Disclaimer – ini cili kisar and masakan melayu based on kehidupan aku lah ek, kehidupan orang lain mungkin berbeza, tolong jangan tinggal komen and say that i’m wrong lah apa sebab it is based on cara atuk aku, mak aku dan aku….bukan atuk korang, mak korang and korang….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>