Cili Kisar ada dalam Acar Buah….

Cili Kisar ada dalam Acar Buah….

Jeng, jeng, jeng… part 1, series aku bercerita pasal masakan melayu yang gunakan cili kisar, which is acar buah. Aku tau aku dah pernah buat entry acar buah sebelum ni tapi aku cuma letak link, tak letak resipi. Bila diri sendiri nak buat acar buah, kena pergi blog orang tengok resipi, sengal kan..? hehe…

So, kali ni aku letak terus lah resipi kat sini, senang cerita. Acar buah aku kali ni, cuma guna 4 jenis jeruk ja…sebab UO kat rumah aku tu sengal, tak de bahan, semua dah habis time aku nak beli so end-up apa yang ada je lah aku beli… Ni ada cerita kelakar, masa CNY hari tu, opis aku dapat hamper, aku pun chop lah jeruk2 dengan niat nak buat acar buah, tapi acar buah aku tak menjadi sebab aku malas nak selak resipi main taram ikut ingat2 lupa kepala aku… rugi jek, sebab jeruk buah nye banyak dan bermacam jenis…. Last2 masuk cik tong sebab aku sendiri tak larat nak makan (Sebab utama acar buah tu tak menjadi ialah sebab kurang minyak, so acarnya kering tak basah berminyak macam selalu – lesson learned).

Bahan2 nak buat acar buah :

  • 3 tbsps (generous) cili kisar (10 biji cili kering, 3 biji bawang merah, 1 biji bawang putih and 0.5cm halia ~ agak2 lah)
  • 4-6 biji kurma – buang biji, rendam kejap & kisar (rasa nya kalau tak de kurma, bleh pakai kismis hitam @ prun)
  • 2 tbsps rempah kari – + air sikit jadikan paste
  • rempah tumis – 1 btg kayu manis, 1 biji bunga lawang, 2 biji cengkih, 2 biji pelaga)
  • jeruk buah-buahan – aku pakai jeruk limau, jeruk mangga muda, jeruk halia
  • OPTIONAL – jeruk bawang merah (rendam dalam cuka+gula sikit), cili padi (mesti, kalau aku yg masak)
  • Aku tak guna cuka, cuma letak air asam jawa pekat dalam 1 sudu makan.

Cara :

  1. Panaskan kuali dengan minyak yang banyak. Minyak ni akan memastikan, acar buah tak cepat berbulu
  2. Tumis rempah tumis, pastu tumis cili kisar sampai garing
  3. Masuk kan rempah kari, tumis sampai pecah minyak
  4. Masuk kan kurma kisar, masak 2-3 minit
  5. Masuk jeruk2 buah dan cili padi (if using), letak garam & gula (biasa nya acar buah manis2 pedas dan masam)
  6. Gaul rata, masak sampai sebati – aku masak dalam 1/2 jam
  7. Sejuk kan dan simpan.

Acar buah sedap dimakan dengan nasi minyak, nasi beryani, nasi panas dengan telur dadar atau ratah sambil tengok tv atau berangan… 😛

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>