Chicken Chop ala Julie….

Chicken Chop ala Julie….

Bahaya betul bila suka tengok food chanel. Macam-macam lah tekak ni nak makan. So, malam tadi teringin nak makan chicken chop. Aku cakap kat laki aku malam nanti kita makan chicken chop, ok? Dia bising-bising pulak sebab ingat nak ajak makan luar lagi, wey…… bini you nak masak lah… hah!..macam tak percaya je…. kurang asam betul laki aku tu…

Balik kerja pukul 6.00pm, awal lagi nak start masak. Mamat tu pun belum balik lagi, rilek dulu arr…. golek-golek atas katil tengok tv, eh… aisehman ada murtabak mengkasa (?) arr kat Pekan, Pahang… macam sedap je…. (ishhh….!!) Tup, tup… alamak! dah pukul 8pm… laki aku masuk bilik, terus membebel, i ingat you dah masak…. i dah lapar ni! Ishhh! Laki aku ni, kuat betul nagging, mengalah kan aku ok! Ye lah…nak turun lah ni… Haaa! Turun tu terus masak, i lapar ni jangan nak singgah-singgah tengok tv! Macam tu lah lebih kurang ayat-ayat menyakitkan hati laki aku tu… macam mak nenek kalau membebel!

  • Masuk dapur, cari steamer masuk air and tenggek atas dapur.
  • Kupas kentang potong 4 or 6 kalau besar, potong karot , masak dalam steamer around 30mins. In the mean time, potong green beans and cauliflower to be steamed later.
  • Ayam, bahagian peha tu, buang tulang. Basuh bersih-bersih, tus.
  • Panaskan oven, 250 Celcius (yang paling panas lah kat oven aku tu…)
  • Buat coating ayam,  tepung letak garam and pepper, then telur 1 biji letak dijon mustard sikit, then last sekali coat dengan nestum (ni aku tiru chef at home, tapi dia pakai cornflakes, which i unfortunately, don’t have) Letak dalam dulang bakar, masuk oven
  • Kentang dah masak, alih to another bowl, letak olive oil sikit, garam, pepper, oregano, gaul, letak dalam dulang, masuk oven jugak
  • Masuk green beans and cauliflower dalam steamer, steam dalam 10mins
  • Masak gravy, tumbuk 2 biji bawang merah and 1 biji bawang putih yg montel
  • panaskan butter dalam 2 tablespoon, letak sikit olive oil supaya tak hangus merentung
  • goreng bawang tadi sampai bau dia cun, masuk dalam 1 tbsp tepung masak sampai tepung coklat sikit
  • Masuk stok ayam (aku pakai dalam 2 cawan), kacau jangan sampai bergentel, masuk kan pepper dan garam, masak sampai pekat
  • Lepas 1 hour, ayam dah masak, biar sekejap lepas tu sudah boleh ngap!

Sorry lah, tak de masa nak buat presentation lawa-lawa... dah lapar

Masa nak makan tu, dia tanya, apa ni? Kan kulit ayam tu macam crispy-crispy gitu… Aku cakap nestum, hah! you kan tau i tak suka nestum! Alah… makan je lah… sedap… Laki aku ni kan… banyak betul songel tau! Makan pun slow je… protes lah tu konon…. tapi habis jugak dia makan… Kentang and gravy aku slack sikit lah… rasa nya terlebih garam…masin! Tak kisah lah sebab habis makan, darling aku sengeh-sengeh cakap… sedap! tapi lain kali jangan letak nestum…

Eleh…!

Sedap tapi sayang termasin lah pulak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>