Category Archives: resepi

Iftar day 13 – 11/07/14 ~ Babats lagikkk….

Iftar day 13 – 11/07/14 ~ Babats lagikkk….

Hey…sorry i tak update 2 hari, i busy dan mengantuk la…hehe.. macam la ada orang yang ternanti-nanti i update ek? Anyway i dare say, lauk iftar hari ni, is one of the more successful ones sebab i tengok my apak dan my boncet brother makan bertambah… maybe sebab kena dengan tekak diaorang kot…. Jom tengok gambarzz zaasszz!

gulaibabatrebung

Gulai Babat Rebung ala Jhoolis

  • 1/2 kg rebung – rebus dan potong bite size
  • 1 pkt rebung madu
  • 10 biji cili kering (dlm segenggam la)
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1 cm lengkuas
  • belacan besar ibu jari
  • 1 tsp serbuk kunyit
  • 1 btg serai
  • sekeping asam keping
  • santan kotak 200ml
  • air secukupnya

Kisar bahan 3 – 6, tumis kan sambil campak serai yang diketuk dengan serbuk kunyit, kacau rata, tunggu pecah minyak. Masukkan air dalam 2 cawan, masukkan babat dan rebung, santan dan asam keping, biar merenih dalam 15-20 minit. Siap doh!!

brokoligoreng

Lawan nye ialah brokoli goreng… i sangat suka sayur brokoli tapi kalau my maman yang masak i kurang suka sebab dia akan masak sampai kawan tu lunyai….. i no like soggy vege… hihi… yang ni ok lah i still kena masak lama dari yang i suka sebab my apak gigi takde tapi tak sampai lunyai la… hahaha selamat hari raya mak minah!!

Iftar day 12 – 10/07/2014 ~ Lemak Pucuks bukan Mati Pucuk..

Iftar day 12 – 10/07/2014 ~ Lemak Pucuks bukan Mati Pucuk..

Yeszaaaa i gerenti makan lauk lemak ni uolls tak kan mati pucuk…. sedapz ok… I first tasted it when my maman cook it earlier this year, she got it from watching the food chanel lah….tapi sekarang bila kau tanya dia, apa nama lauk dia, dia blur-blur sotong tak ingat….hahahahaha comel…dan annoying at the same time… so i will then sukasukihatiaku will christened this dish Lemak Pucuks Mak Minah…. hahaha  Zaassss, jom tengok gambar..

lemakpucuks

Sedappppp i tell you, nampak je bland dan tak berapa menarik tau..

Lemak Pucuk Mak Minah (gerenti tak mati pucuk kalau makan)

Bahan2 :

  • 1 ikat pucuk ubi
  • 1 ikat kangkung
  • secekak daun kaduk
  • secekak daun kesum
  • 1 batang serai
  • 4 ekor ikan kembung size sederhana
  • 1 biji bawang merah size sederhana
  • 1 biji bawang putih
  • 1 cm halia
  • sejemput ikan bilis
  • belacan besar ibu jari
  • 1 kotak santan (200ml)

Cara masak :

  1. rebus ikan, bila dah masak, asing isi ikan dari tulang, letak one corner
  2. petik la pucuk ubi, tu pastu rebus, bila dah masak, tos dan hiris
  3. bersih kan dan hiris pucuk2 dan daun2 lain
  4. kisar bawang2 tu dengan ikan bilis, halia dan belacan
  5. Tuang bahan kisar dalam periuk dengan air dalam 2 cawan, campak serai yang telah diketuk, didihkan. boleh letak serbuk kunyit, kasi tambah seri..tak letak pun tak de sape nak marah uolls
  6. bila kuah sudah mendidih, masukkan pucuk2, daun2 dan isi ikan tadi, masak sampai tumbuhan tu semua layu
  7. lepas tu masukkan santan, adjust lah garam, pak aji dan serbuk lada hitam (i pakai yang fresh grind sebab i eksyen). Dah siap, boleh bedal!

 

sambaltomato

Lawan nya ialah sambal belacan tomato ini… Pedas, masin, masam, manis…pergghhh! Memang sedap! Nak lagi sedap goreng lah ikan masin kan…tapi sadly i is malas..so i melantak lauk ni begini saje, ayam kicap yang my maman masak pun tak bisa melawan kesedapan lemak pucuk tak mati pucuk ini ok… hihi

pucuks

Diakhiri  dengan gambar yang i letak dalam IG…. hehe…. I know ending cam haram but lantak lah kan…

See ya!

Let’s Catit Resepi – Bread Pudding aka Puding Ghoti…

Let’s Catit Resepi – Bread Pudding aka Puding Ghoti…

Ingat tak hari tu aku citer pasal buat puding roti kan? Yeszaa…. sudah tiba masa nya untuk aku meriak kan diri dan share gambor hasil masakan aku tuh…. Sekarang ni gambar amik pakai hp je, malas nak angkut D7000 tu… errr…tipu..sebenarnya aku ada amik pakai D7000 tu tapi aku malas nak download kat laptop and edit…. hehe… Walaupun buat puding roti senang giler tapi kalau dah macam aku ala-ala setahun sekali pun payah nak membuat nye mesti lah lupa kan…? So let’s catit resepi, supaya senang menjadi rujukan dimasa hadapan..time2 mokcik mengidam nak makan dan rajin nak masak…. heheheh..

ini bahan2 nye ok…

Bread puding 2

  • 4 keping roti sandwich yang thick sliced (roti gardenia dalam 8 keping)
  • 1 cup cream
  • 1 cup susu segar
  • 3/4 cup gula pasir (tapi aku guna 1/2 cup je..sebab dah ada kismis and aku tak suka manis sangat)
  • 4 biji telur
  • 1 tsp vanilla esen
  • segenggam kismis
  • 2tbsps butter

Cara buat :

  1. Potong roti bentuk kiub, sebab aku pakai roti yang tebal, kiub aku adalah gemok dan montok seperti aku …so puas makan… hihi
  2. bancuh je semua bahan2 lain kecuali butter dan kismis
  3. Letak roti tu dalam bekas untuk membakar, tuang bahan bancuhan, tabur kismis…henyak2 sikit kasi tenggelam dalam roti dan kuah tu, so time bakar tak de lah dia geseng kan…
  4. butter tu ala-ala cubit2 and letak merata atas roti…kemudian bakar pada suhu 170c selama 30 – 40 mins atau sehingga roti sudah nampak keperangan atau tanned, kata mat salleh
  5. sudah boleh ngap…..

Ni rupa bila dah siap…. tadaaaaaaa!!! Sedap dan menggemukkan….. hihi

Bread puding 1

Let’s Catit Resepi – Banana Cake

Let’s Catit Resepi – Banana Cake

Banana Cake 1

Kek pisang ni aku buat last week… biasa lah sibuk dengan perasaan sedih aku kan? Tak dan nak update pasal makanan, walaupun hakikat nye makan tetap macam biasa dan tetap ambik gambor makanan….update nye tu liat sikit… Aku buat kek ni pakai pisang yang aku beli kat discount corner, kat tempat yang barang2 dah dekat nak expired tu…. pisang ni kalau rega biasa nye dekat 11 hengget, gilo ko apo agaknya kan… pisang 11 hengget…. rupa nye pisang import u… pisang phillipino… haaaa merasa lah kak ton cet ni makan kek pisang himport… hihi tapi masa aku beli harga nye cuma RM0.99! HAAAAA… bijak tak, kak ton cet ngko ni? Ye memang bijak..beli pisang benyek memang RM0.99 tapi total beli barang semua totap lah dekat RM100…padahal beli bukan banyak mana pun…. huh..

Resepi ni aku cilok daripada mana, aku dah tak ingat sebab aku bukan catit pun… main pakai hafal je kat dalam kepala hotak…macam tu punye senang nak buat kek ni… heheheh

Kat bawah ni aku catit supaya senang nak buat lain kali…

Kek Pisang (oil based)

Bahan2 :

  • 2-3 biji pisang masak ranum (aku guna satu plastik tu, ada 5 biji yg dah benyek, simpan pun nak buat hapa kan..? kasi lebur semua..)
  • 1/4 cup gula pasir (nak manis, tambah le 1/2 cup)
  • 4 biji telur
  • 1/2 cup minyak masak
  • 2-3 tbsp susu segar (ni aku memandai tambah sebab ada belen hari tu buat puding roti…(post akn datang… hihi))
  • 1 1/2 cup tepung gandum (aku tambah sikit 2-3 tbsp)
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp baking soda
  • 1 tsp vanilla essence

Cara buat :

  1. Lenyek pisang, campur gula, kacau2 sampai gula hancur
  2. ayak tepung dengan bahan2 kering yang lain
  3. satukan bahan2 basah
  4. campurkan tepung yang dah diayak kedalam adunan pisang, kacau rata
  5. campurkan bahan basah, kacau sampai rata
  6. masuk dalam bekas untuk bakar, bakar dalam oven 170c selama 30-40 minit atau bila cucuk lidi kat tengah kek, bila tarik balik lidi tu clear…tak de batter basah melekat…tu kira dah masak ler… tapi aku tak buat pun….tengok dah cun coklat jek..terus keluarkan.. rupanya kat tengah ada basah sikit tapi ada aku kisah…? muahahahaha… tak sempat nak sejuk betul aku dah potong, habis ok makan..

Banana cake 2

Lets catit resepi ~ Tiramisu (Bake with Anna Olson)

Lets catit resepi ~ Tiramisu (Bake with Anna Olson)

tiramisoo 5

Yuhuu… mokcik Ja~Ly kembali lagi…. kali ni mokcik buat tiramisu, sejenis dessert orang Italy… Tiramisu ni maksud dia “lift me up” atau “pick me up”.  Dalam bahasa melayu stail aku – lebih kurang “makan ni terangkat habis la…”  Aku buat tiramisu ni pakai lady ginger (typo ni)  yang aku buat tu…. Ada orang buat pakai kek tapi aku kureng sebab kek lembik dan tak berapa ori… aku yang gedik ni, konon nya nak something as close to the original… Tiramisu original guna alcohol tau… ha kalau makan kat luar tu tengok2 jugak, takut korang terbedal yang ada alcohol, kan ke naya…. !

Ikut resepi dari anna olson jugaks… with modification… Let’s catit resepi…

tiramisoo 4

Aku guna telur 2 biji jek, kuning telur tu tak taruk pun sebab nanti membazir, buang putih teluq tu….

tiramisoo 3

Star utama tiramisu ialah – mascarpone cheese… Dulu memang susah giler nak cari mascarpone ni… sekarang alhamdullilah dah senang sikit… even ada product Malaysia lagi… macam yang kat atas ni. Harga pun tak lah semahal yang import nye… Sorry, aku lupa harga ni berapa tapi bawah RM15. Aku dah pernah buat pakai creamcheese sesaje tapi rasa adalah different ok… creamcheese agak berat dan masam… yang ni lebih creamy and light tasting… tak masam pun..

Dulu aku buat pun pakai resepi lebih  kurang macam ni tapi tak termakan bila terkenang yang telur ni mentah…. Sekarang aku buat cara double boiler, rasa lebih confident nak makan sampai licin dalam masa 2 hari… muahahaha…

Cara Masak :

  1. Asing putih dan kuning telur, atas double boiler, pukul putih telur dengan separuh dari gula sampai kembang dan kental, kemudian letak one corner
  2. Pukul pulak kuning telur dengan belen gula tadi sampai double and likat, letak one corner
  3. Pukul mascarpone cheese sampai lembut, letak one corner (corner pun nak penuh dah..)
  4. Pukul krim sampai separa kental
  5. Campurkan cheese, cappucinno emulco (sebab kita tak guna alcohol, kita sub kan dengan emulco ni, baru lah macam ori) dan kuning telur, kaup rata, masukkan krim, kaup rata, last sekali masukkan putih telur dan kaup sehingga rata.

Dah siap adunan cheese, masa untuk susun sampai terangkat…

tiramisoo 2

Mula-mula susun beskot, kemudian letak air kopi atau nescaffe atau cappucinno (aku pakai kopi cap television jek) ke atas beskot. Kalau ikut original resepi kena celup beskot dalam coffee syrup tapi aku rasa adunan cheese and beskot dah manis so kopi tu aku buat tak letak gula. Beskot pulak aku tak celop sebab aku tak suka dia soggy or lembek.. basah ala embal-embal sudeh… ini terpulang kepada selera masing-masing ek.. Dah letak air kopi atas beskot baru lah tuang separuh adunan cheese tadi dan ratakan. Gambar atas ni tunjuk layer kedua sebelum aku letak air kopi…

tiramisoo

Tadaaa…. selepas aku makeupkan jadi celoreng ireng ni, letak adunan chese seterusnya dan rata kan, tabur permukaan nya dengan serbuk koko atau serbuk coklat… tapi from past experience, aku tak suka tabur dulu sebab nanti serbuk tu basah…meresap cairan yang kat bawah… so aku hanya akan tabur serbuk selepas aku simpan tiramisu ni dalam fridge selama sekurang-kurangnya 4 jam. Pastu apa lahagi… BEDAL!!

tiramisoo 6