wordpress blog stats

Chronicles of my life

Orchestra Perut

March13

Komponen2 yang diperlukan:

1)

luntongku2

Serunding kelapa ~ this particular one is made with finely blended dried achovies…

2)

luntongku3

Sambal Kacang atau omputeh mungkin panggey spicy peanut sauce. Minyak yang berlenang tu penting not just as aesthetic element ok? (ejaan memang tak betul, so jangan nak kepoh betul kan!)

3)

luntongku4

Sambal goreng julie style, aku nak cakap sambal goreng jawa authentic tak boleh sebab resipi, aku dah suka2 ubah mengikut hati aku, well, if you want to get technical masih boleh dipanggey sambal goreng jawa kerana aku yang masak dan AKU  ialah jawa…. hidup jawa! (tapi aku ngak ngerti ngomong jowo … sedey :((  )

4) ……. eh, korang mesti dah boleh agak kan, aku masak apa…?

luntongku6

YES!!! Mak masak lontong uolls!! Aku adalah sangat keji, baru semalam makan lontong platinum (platinum sebab mahal bukan sebab special gilbabs punya sedap ok, lodeh dia cuma ada kobis and karot yang sebatu satu, sambal tumis je tak de sambal kacang. That is all.)  kat gerai k.noor tu, harga dia hentam sampai 4hengget. Padahal aku ‘CUMA’ letak 2 biji telur, gila tau pompuan tu, nak kaya. Malam tadi heret en. laki pergi pasar beli barang keperluan, modal dikeluarkan lebih kurang 40hengget tapi aku puas hati. Boleh makan sampai meletop perut and cukup semua bahan…. Agak nya kalau macam ni rupa lontong k.noor, berapa dia nak charge aku? RM7 kah?

luntongku

Ochestra perut dah licin… orchestra mata pulak nak start…. hehe

luntongku7

Bulan Baru…..apa makna twillight?

November27

Salam u’olls…. mak baru balik dari tengok wayang, derhaka tak??? orang sibuk menggulai ayam aku bergaloks dalam panggung…. Petang tadi balik kerja aku ajak en. laki pergi tengok wayang sebab rasa hidup sangat bosan..(boleh?), tup-tup jantan tu suggest cerita twillight-new moon. Apakah? Rupa nyer dia dah tengok twillight yang first and dia minat twillight? minat si patinsen tu? sensitive kah? auwww tak kowser aku nak pikir… on jek, dari duduk rumah…

200px-newmoonposter

What can i say but i LOVEEEE new moon, better than 2012 yang macam sekeping tahiitu… mak bagi 18 bintang!! Aku tak tau lah pasal twillight yang pertama sebab aku tak tengok and aku tak kan gila2 cari pun but new moon ni best lah! Jangan salah faham… mak tak taste pun dengan si pucat lesi edward tu, aku taste dekat jacob, si serigala jadian itu… ooo la la, body diaaaa….. rasa macam nak geget-geget…. oh my…  as for si bella tu pulak, aku rasa dia ialah seorang perempuan yang kusut dan sedikit gila sebab asyik attracted kat freaks je kan…

Masa beli tiket, i was afraid i would be bored out of my skull tapi aku telah sangat meng~underestimate movie ini. Set dia cantik, cerita dia tak membosan, taylor lautner’s body yang sangat menggegarkan perasaan (potong steam betul lah,  umuq dia baru 17 tahun..), except for some obscenely romantic scenes between edward dgn bella yang aku rasa macam nak muntah hijau tengok, aku ada lah tersangat teruja untuk the third sequel ~ Eclipse ~ sebab ending new moon macam haram….

tak caya korang gi lah tengok..

Bohsia, kenapa kau pilih jalan hitam?

November26

Semalam (which was last monday, sebab aku asyik lupa nak upload) aku tengok cerita BOHSIA, Jangan Pilih Jalan Hitam. Menarik, itu anggapan pertama aku. Cerita tu menceritakan perilaku jijik KEBANYAKAN remaja melayu sekarang, MAT REMPIT, BOHSIA dan akibat dari kepincangan insitusi keluarga. ceh wahhhhhh…. macam bagus jek aku tulis, style masa ambik SPM pulak.. tak de makna nyer…

Serius noks, aku rasa cerita bohsia tu memang ala-ala authentic, cuma certain gesture and bahasa tu exagerate sikit tapi aku ada sedikit kecewa lah dengan ending dia yang agak tergantung, patut tunjuk lah apa kesudahan dari malam jahanam tu, kena hantar penjara ke, lepas tu bila keluar dah taubat nasoha, or tunjuk  lah budak yang kena belasah tu, mati ke cacat ke capek kaki tak boleh naik motor lagi, baru lah ada tauladan, minah bohsia tu pulak dah insaf jadi online businesswoman yang berjaya ke….baru lah best. Setakat tunjuk pergi steam ramai2, berpoya2 kat kelab malam, mana ada pengajaran? Makin dibaginya idea suruh buat jahat ada lah…

Anak pak yusuf haslam ke director nyer? Bagus lah budak tu, ada vision, kalau dia fine-tune kan lagi idea dia, memang menarik… ada can jadi milionaire macam bapak dia…(instead of just eksyen duit apak,duit sendiri kan lagi bangga.. hehe)

Sekian, ulasan movie yang aku tengok minggu ini…

Podah lah 2012…

November23

Semalam pergi tengok wayang…2012. Aku tau lah semua orang cakap cerita tu best tapi pada aku jalan cerita very weak and sangat cliche. Hero mesti tak mati, hero sentiasa dapat mengelakkan malapetaka even as his surrounding sink into hell…. bosan tengok cerita macam tu, sangat tak logik.Sebenar nya banyak yang aku tak puas hati tapi nasib baik lah CGI dia hebat…so tak delah bosan sangat. The only time yang aku rasa ada sikit tersentuh is when apak si dr. adrian tu terima call dari dia, masa tu touching woo… pandai dia berlakon. Masa apak dia tengah nak mati kena tsunami tu pun best… macam real, sangat berkesan lakonan pakcik tu.

Anyway, lepas tu kami pergi dinner kat Jaafar Steak House kat Larkin. Aku find out about this place pun from FB. Senior sekolah aku punya kedai, so sebab aku nak support orang melayu and in this case orang yang aku kenal, aku pun pi lah…tapi sangat mendukacita kan. Masakan dia memang sedap, aku rekomen kan kalamansi juice dia~sedap tapi sangat mahal lah pada aku. Laki aku makan nasi goreng kicap, portion kecik, nasi goreng tu tak de apa-apa perencah except for 2 ekor udang kecik. Aku ulang eh…DUA EKOR UDANG KECIK. Telur pun tak nampak sangat bayang nyer, no vegetables at all, tastewise memang sedap tapi for RM4.00 a plate i expect it to contain more than two measly looking shrimp! Aku order chicken chop, nasi goreng laki aku dah habis baru sampai (maybe sebab portion sikit, cepat habis kot? or sebab kami gelojoh makan?), boleh? Lepas tu aku noticed, ada dua orang customer yang duduk depan aku tu, baru sampai tak sampai 10 minit lamb chop dia sudah sampai, BOLEH?? Rupa nya, mereka member kepada perempuan yang help out kat western section tu (tokey ke tak, aku tak pasti). Aiseymen… macam mana meniaga macam ni, ada preferential treatment, member datang dapat cepat, customer marhaein macam aku ni, suka-suka lah nak kasi lambat? Portion sangat kecik, i think french fries tu ada lah dalam 15 batang, memang lah krinkle cut fries yang tebal but 15 BATANG JE? and the baked beans? adalah dalam 2 sudu besar, hirisan nipis tomato dengan sejemput mayonis diatasnya - harga RM12. Again pada aku, mahal sebab portion yang dia bagi tu kecik sangat. Tak kenyang aku makan.

Sorry to say lah laki aku dah menyumpah tempat tu and cakap kat aku dengan pandangan yang sangat menyakit kan hati, i tau lah tempat kenalan you but this is the first and the LAST time KITA makan kat sini. Lerrr… baru jek bercadang nak pergi lagi, mana tau next time it will be better and juga nak snappy happy gambar makan tu nak tunjuk kat sini, dah keluar fatwa plak.. hmmm… nak buat macam mana, kami pun nak kaya jugak… larikkksss….

Papadom bertukar jadi …….?

November3

Last sunday, laki aku beria-ia ajak tengok wayang. Dia nak ajak aku tengok citer Papadom, macam2 lah dia cakap, nak jual kat aku, yang Papadom ni best bangat citernyer… Aku mula tu ala-ala suam-suam kuku jek, sebab macam tak de mood nak tengok wayang tapi enggeh kan je lah since dia nak belanja and beats staying at home kan…So masa sampai kat panggung tu mamat ni pun yo-yo oh jek pergi beratur beli tiket. Aiseyman, 1 jam lagik baru start. In the mean time pergi lah merayap2 kat kedai buku and aku pow dia baskin robin satu….

Wayang pun dah start….. jeng,jeng, jeng… kitaorang pun tengok lah dengan teruja nyer…. kau tau cerita apa yang aku tengok………….??????

……………………………………………………..

PANDORUM!!!

Aku punya nak pecah dada tahan ketawa, yelah wayang dah start, tak kan nak buat bising  and mamat tu muka dah boring semacam kan…. HAHAHAHAHAHAHAHA….. lawak tul lah laki aku tu…. PAPADOM dengan PANDORUM.. sikit punya jauh beza… Dah tu ada hati nak marah kat budak kaunter tu sebab pekak tak dengar dia cakap papadom…. hehe.. aku cakap kat dia, nak marah pun tak guna sebab dia tak check betul-betul kan…

Nasib baik lah citer pandorum ni ok… for him lah… aku tak suka! Sangat mengerikan! Macam citer resident evil tu, ala-ala zombie makan orang… TAK SUKER! Malam semalam aku tak boleh tidor sebab aku asyik pikir plot citer ni yang aku rasa macam tak masuk akal and membayang kan makhluk yang jahat tu makan orang…. ISSHHH! Ngeri! Aku rasa lah kan kalau lah aku dicampak kan ke dalam situasi macam tu… mesti awal-awal cerita belum habis pun opening credit, aku dah mati! Ye lah, dah la gemuk, mana kuat nak lari and nak sembunyi pun tak muat.. abis lah aku kena makannn…..! Bertuah lah mahkluk jahat tu… daging aku mesti sure sedap punyer…! Kuang ajar punya mahkluk jahat!!!

« Older Entries