Everything Under The Sun

Playing house in the ruins of us…..

YouTube Preview Image

Pinggan tak retak, Nasi tak dingin

YouTube Preview Image

Meraban time…

Sekarang ni kat FB ramai ex-schoolmate aku tengah gigih buat reunion. Aku…. tengok je lah gambar2 diaorang tu… The funny thing is, tak terasa pulak nak join in… aku adalah sangat anti-social ok.. buruk! Malas lah nak join sebab aku bukan rapat pun dengan yang organize tu, eventhough there are some of my ex schoolmates yang aku dying to see again, aku tak suka large crowds. Aku prefer intimate settings of maybe less than 5 people…. boleh? Dah lah anti social, control freak pulak tu…. hahaha… gila… Kadang2 tu jealous gak tengok diaorang tersengih lebar dalam gambar… tapi kalau setakat nak jumpa and compare who’s better at life… no thanks! Lagi satu, bila berjumpa nanti mesti akan tanya pasal personal stuff kan? Aku tak suka nak bercerita pasal personal stuff bila ramai pelanggut dengar (perasan! macam lah life aku interesting sangat ada orang nak tau… hahaha), just not my kind of thing. Aku private ok… i know it doesn’t seem like that because i write about A LOT of private stuff here but it’s different when you have a live audience of mak nams… me no loike! Seriously though, i am dying to see some of these old friends of mine. I miss them and i want to hear what’s going on with their lives. Sigh…. feeling melancholy lah pulak…. tadi bosan….


Bila bosan melanda diri…

Aku tengah bosan. Tak tau kenapa, yang pasti bosaN! Bosan bila banyak projek yang aku nak buat tergendala. Tak boleh nak salah kan sesiapa melainkan diri sendiri sebab tak focus. Bosan! Bila bosan jek teringat makanan, macam mana nak kurus?! Hmmpph! BOsAn!!

bilaboring2

Nasi Pilaf julie style, lauk ayam bali dgn acar timun & karot. Time ni gigih masak lepas balik kerja…. i dunno why aku gigih sangat, dah lupa…. yang aku ingat, aku naik angin bila time nak masak nasi, i find that my basmathi stok dah habis and i had to go and buy sebab tak de orang (orang tu ada tapi tak boleh aku suruh) yang aku boleh boss around suruh pergi beli… Sangat sentap! Tengah panas kat dapur, tangan bau bawang and lada kisar kena pakai tudung, cari kunci kereta and pergi kedai beli…Sentap kan?

bilaboring

Nasi kerabu, makan kat Terengganu. Kat deret kedai yang sebelah AmBank tu…. Masa mula-mula tengok and makan macam tak sedap sebab ini bungkusan yang terakhir. Bila aku dah gaul kan and makan lagi, ya allah….. sedapppp nya! Even more when you mix in the budu…. tak tau berapa harga sebab en. laki yang bayor and kira semua sekali….hhmmmm… (kecur air liur bila teringat…haha)


Perisa Lipas, ko ado? Non ado….

Masih nak bercerita tentang benda yang berkaitan dengan Terengganu. Malam pertama kami kat sana tu, kami makan kat Waterfront yang bersebelahan dengan hotel. Nak makan kat tempat tu sebab dekat, tak payah nak drive, aku letih dah, drive 8 jam. Jalan Kaki tak sampai 30 minit, kalau korang yang set2 ringan macam bulu ayam, aku rasa 10 minit dah sampai kot, set2 yang kembang semangkuk macam aku ni pun ok lagi boleh jalan, tak penat – SANGAT…hehe :D

malambuatapa

Tiba kat deret kawasan yang berlip-lap lampu bagai ni, kami pun cari port. En. laki keciwa sebab kedai ni hanya jual western, depa tak juai nasi ka, mee ka, apa… jadi dia order teh ais, french fries dan chicken wings  goreng. Aku, order fettucine seafood (dalam menu dia eja fattucini, kurang ajar okay, macam ejek gue…) and air blakcurrant on ice ~ aku feeling2 kanak2 ribena + mem salleh celup hokay?

malambuatapa2

Tu dia…. kecur tak air liur kau tengok chicken wing a.k.a sayap ~ bak kata en. laki ~ ni? (hehehe…apa barang kepak dipanggil sayap…) Masa mula2 orang tu letak kat atas meja kitaorang, en. laki tengok aku, aku tengok en. laki,pastu sama2 cakap – besar nya, ayam apa ni? Masa tu ala-ala teruja lah, seronok bangat sebab saiz kepak tu gedabak kan, best lah nak makan TETAPI bila makan, tak sedap lah pulak….. Tak de rasa apa pun, tawar and berminyak and the one i ate ada rasa/bau lipas…. eeeeee… aku luek kan and this is where it gets gross, walaupun aku geli nak makan, sempat lagi aku habis kan daging yang pada aku tu sebab aku dah makan 90% baru kena yang rasa lipas…. Baki lagi seketul tak de siapa nak habiskan sebab memasing dah boring tahap cipan…. FAIL betul! En. laki muka dah bosan, dah lah puyut dia sakit, makan pulak tak sedap. Aku bengang sebab fattucini tu lambat sangat sampai, hingga mendorong aku untuk mencilok chic wing laki aku and kenapa lah bukan dia yang dapat perisa lipas tu?? :p

malambuatapa3

Seterusnya, lepas makan kepak perisa lipas tu, ‘fattucini’ ni pun sampai…. dalam gambar nampak cun kan? HUH! Palsu semata! First, notice that it’s spaghetti not fettucine, second, that white gravy? That promise of cheesy garlicky taste? NON ADO!!! Aku rasa kan, orang ni open a can of campbell soup, godak sikit dengan air, kasi suam2 kuku and terus tuang atas spaghetti yang over done ini. The udang? I did not bother to eat because aku takut ada bau yang kurang menyenangkan. Honestly, aku memang cerewet tapi bila nak meniaga, boleh tak buat research sikit??? Kalau stok habis, boleh tak inform kat customer dulu sebelum kau suka2 tukar? Nak aku ajar resipi macam mana nak buat benda ni? Udang ( tolong lah kopek kulit tinggalkan ekor jek atau butterfly kalau tak moh kopek) ni, boleh tak kau goreng dengan butter+olive oil sikit, and by goreng bukan goreng terendam dalam minyak macam kau goreng chicken wings tu, it doesn’t have to be crispy, throw in a little chopped garlic! Pour chicken campbell mix with water (eventhough i detest shortcuts) HEAT THROUGH sampai nampak bubbles rising ok? POur a little cream, about ¼ cup, kacau, seasoned with salt and PLENTY of blackpepper. Fettucine, TOLONG jangan over cook sebab nanti dia benyek, TAK SEDAP! Ikut lah arahan kat peket tu, tak tu pun tak tau..? Tos kan fettucine, letak atas pinggan molek2, tuang sos and arrange udang and untuk garnishing and taste wise, tabur daun bawang hiris. Tak rugi lah buat macam ni, sedap lagi! Kalau nak lebih kick, tabur sikit grated cheese. Ini kau tabur oregano kerin as garnishing, buat sangkut kat lubang hidung jek…

Kerugian untuk makan malam yang tawar hebeh and berperisa lipas ini ialah : RM19.80. The thing yang ok malam tu hanya french fries dan air minuman. The rest FAIL miserably….


Copyright © 1996-2010 So called chronicles of my life. All rights reserved.
iDream theme by Templates Next | Powered by WordPress