wordpress blog stats

Chronicles of my life

Meraban time…

March7

Sekarang ni kat FB ramai ex-schoolmate aku tengah gigih buat reunion. Aku…. tengok je lah gambar2 diaorang tu… The funny thing is, tak terasa pulak nak join in… aku adalah sangat anti-social ok.. buruk! Malas lah nak join sebab aku bukan rapat pun dengan yang organize tu, eventhough there are some of my ex schoolmates yang aku dying to see again, aku tak suka large crowds. Aku prefer intimate settings of maybe less than 5 people…. boleh? Dah lah anti social, control freak pulak tu…. hahaha… gila… Kadang2 tu jealous gak tengok diaorang tersengih lebar dalam gambar… tapi kalau setakat nak jumpa and compare who’s better at life… no thanks! Lagi satu, bila berjumpa nanti mesti akan tanya pasal personal stuff kan? Aku tak suka nak bercerita pasal personal stuff bila ramai pelanggut dengar (perasan! macam lah life aku interesting sangat ada orang nak tau… hahaha), just not my kind of thing. Aku private ok… i know it doesn’t seem like that because i write about A LOT of private stuff here but it’s different when you have a live audience of mak nams… me no loike! Seriously though, i am dying to see some of these old friends of mine. I miss them and i want to hear what’s going on with their lives. Sigh…. feeling melancholy lah pulak…. tadi bosan….

Bila bosan melanda diri…

March7

Aku tengah bosan. Tak tau kenapa, yang pasti bosaN! Bosan bila banyak projek yang aku nak buat tergendala. Tak boleh nak salah kan sesiapa melainkan diri sendiri sebab tak focus. Bosan! Bila bosan jek teringat makanan, macam mana nak kurus?! Hmmpph! BOsAn!!

bilaboring2

Nasi Pilaf julie style, lauk ayam bali dgn acar timun & karot. Time ni gigih masak lepas balik kerja…. i dunno why aku gigih sangat, dah lupa…. yang aku ingat, aku naik angin bila time nak masak nasi, i find that my basmathi stok dah habis and i had to go and buy sebab tak de orang (orang tu ada tapi tak boleh aku suruh) yang aku boleh boss around suruh pergi beli… Sangat sentap! Tengah panas kat dapur, tangan bau bawang and lada kisar kena pakai tudung, cari kunci kereta and pergi kedai beli…Sentap kan?

bilaboring

Nasi kerabu, makan kat Terengganu. Kat deret kedai yang sebelah AmBank tu…. Masa mula-mula tengok and makan macam tak sedap sebab ini bungkusan yang terakhir. Bila aku dah gaul kan and makan lagi, ya allah….. sedapppp nya! Even more when you mix in the budu…. tak tau berapa harga sebab en. laki yang bayor and kira semua sekali….hhmmmm… (kecur air liur bila teringat…haha)

Telok Sisek ke kita..?

February15

Olla!,

Selamat menyambut tahun baru cina! Aku tau lah lambat dah…. tapi better late than never …. :D Ok..semalam, aku pergi ke Tg. Resang/Pantai Penyabong/Teluk Sisek/Pantai Pasir Lanun…. kenapa banyak sangat slash tu..? sebab aku memang pergi to all 4 places…. Sigh… bila lah aku nak belajar dari pengalaman, never EVER go anywhere during the long holidays …… Semua tempat penuh, PENUH ok! Dah la perjalanan dari JB to KT tu macam haram.. jem! Aku tak paham lah orang yang design jalanraya ni, kenapa besar kan jalan tu jadi 3 lane only to finally squeze it into one lane at the end!? Jem gila babi, sesak, everybody rushing and tak moh lebey kurang…. Aku stuck kat situ je dekat 1 jam. Bila dah lepas dari simpang ke Desaru baru smooth sailing, itu pun occasionally slow sebab terserempak dengan lori… (erkk! i thought they weren’t supposed to be on the road?)

So.. the night before aku dah prep bahan2 nak buat bbq, nak buat potato salad TAPI jeng, jeng, jeng…. mayo habis… :( sangat sentap! sebab aku dah rebus kentang and telur tu, biasalah confident, mayo memang sentiasa ada dalam fridge. So aku pergi online and cari macam mana nak buat mayo sendirik…. banyak site aku pergi and finally aku settle on this one tapi biasa lah si kepala batu ini (aku lah tu) buat sedap kepala sendiri, tak berapa nak ikut recipe lah..

MENJADI beb!! (riak lah ni..)

mayojulie

Memula aku bantai pakai olive oil, bila rasa sikit, bau olive oil tu kuat sangat so aku pakai pulak minyak masak cap buruh sajork… menjadi noks..! Aku sangat girang! Kalau kau tengok resipi tu, dia tak letak gula, just kuning telur, minyak, garam, pepper, mustard and jus lemon tapi lidah jawa ku ini tak boleh blah rasa dia… so aku tambah gula dalam 1tsp and tambah black pepper, baru lidah jawa ini approve. Sorry, gambar potato salad, lupa nak ambik….

Ini ialah pantai tg. resang ke apa ntah … aku pun lupa lah nama tempat ni tapi nak ke sini senang saja. Bila dah sampai ke penghujung jalan (bukan main road mersing - endau, ye..)  ada simpang nak ke telok gorek and penyabong tu, terus je ke jalan tar yang kecik tu… kat hujung tu lah tempat ni…

mayojulie-2

Me loike this place, not as hot as Batu Layar haritu… angin yang bertiup pun sejuk je… menyaman kan ketiak ku yang panas…. Ok..time to get busy…nak setup bbq sebab sudah kebuluq. Pukul 3 petang baru sampai ini tempat, itu pun dah puas gaduh, pusing sana, pusing sini, tempat tu penuh, tempat ni tak sesuai, tempat tu sunyi sangat…pendek kata memang puas gaduh! Sempat jugak en. laki rembat beberapa batang daun mengkuang sebab nak tunjuk kat aku skill budak kampung dia lah tu… sorry, gambar daun tu pun tak sempat nak snap kerana aku masa tu dah macam snap turtle…. tengah tak ada mood sebab lapar!

Ini lah bbq kami…

mayojulie-3

Kambing dan kepak ayam sajork sebab aku lupa nak bawak hotdog. Sangat sentap bila teringat sebab aku sangat suka hotdog yang bbq, juicy beb!

Ini suami ku a.k.a fire starter yang garang nak mampos! … sangat seswaiii dengan kaler kulit dia kan..? muahahaha…. sangat keji kutuk laki sendirik….

mayojulie-4

Rupa bbq yang hampir masak….

mayojulie-5

Aku makan sikit jek bbq sebab tak lalu nak makan, ada dua ekor budak asyik mengendeng… tak bagi, terasa diri ni kejam, tak berhati perut, tamak haloba nak mampus…. bila bagi kepak 2 ketul, tenung lagi, bagi lagi 2 ketul, makin rapat pulak bebudak ni, last-last aku suh en. laki panggil jek lah budak2 tu duduk depan aku, hah makan lah nak ooiii…… tak sampai hati auntie tengok…

mayojulie-6

Boleh tahan jugak budak2 ni makan, badan jek cengkudut tapi habis ayam aku diaorang kerja kan… kambing tu diaorang tak berapa suka. Maybe sebab gigi memasing tak cukup kot..? muahahaha!  keji kutuk anak orang….! Whatever lah… i’m not gonna write how i really feel about this, suffice to say lah, patut lah banyak bebudak sekarang ni hilang… nasib kita orang ni baik, kalau kena orang jahat? Masuk suratkhabar nangis2 pun tak guna, kak oooiii…. FYI, these girls ni umur dah 9 tahun and 10 tahun and anak orang tempatan.

Balik aku ikut jalan Kulai, first time beb wa ikut jalan ni…. Jakun… well tak jakun sangat lah sebab dah malam …. gelap tak nampak apa pun so tak jakun… hihi :D tapi perut adalah lapar lagi…. singgah kat tempat makan kat sebelah petronas, aku pun tak tau lah tempat tu apa nama… dah letih sangat time tu, perut pulak lapar…. Masa nak duduk tu aku ada perasan meja sebelah tu ada 2 orang perempuan serupa tak siap dengan seorang budak lelaki yang ada gaya lembut… aku tak ambik port lah sebab macam aku cakap lah aku LETIH n LAPAR! Aku order meehoon bandung, en. laki order char kuay teow. Verdict - meehoon bandung boleh tahan rasa, char kuay teow rasa garlic lebey..so tak sedap.

Bila dah on the way balik JB baru en. laki bukak cerita… si perempun tak sudah meja sebelah tu… dia nampak laki aku galas beg kamera agaknya, lepas tu aku pulak kan gemuk and tak se’glamer’ diaorang, boleh keluarkan statement; ni kalau aku tackle nih mesti boleh dapat nih…. Boleh Kah?! Patut lah masa aku makan tu aku terasa diaorang asyik toleh2, cakap and gelak kuat2 and menyanyi, MENYANYI ok? kuat2…… Masa balik tu pun selisih sebelah kereta diaorang, toleh bagai nak rak tengok aku. Menda lah lu minah, gua tak tergugat langsung… kalau rasa boleh dapat, tackle laa….. :P

* Notak kakik - adakah laki aku yang perasan cun? perempuan tu buta? atau rekaan semata-mata…… misteri…..

That’ll Get ME by…. hehe….

January29

Remember when i tell you that i had a crush on pineapple head, apparently i still AM… here he is… country and funny…. my dream man… :P

YouTube Preview Image

What am i doing without you??

January29

Salam y’alllz… Hari ni aku masih lagi mood nak jadi VJ boyot so…. nasib lah…. Hari ni aku nak upload/ciplak/whateveryou want to call it,  lagu westlife… HEP! sebelum ko nak roll2 biji mata tu, lagu westlife tak semua nya jiwang leretz ok… Contohnya lagu ini, yang aku nak tuju kan kepada semua yang ada di luar sana…the internet….. what am i doing without you…? Kalau tak de internet ni makin sempit lah tempurung aku ….. I LUUURVVEE Y’ALLLZ….

Actually lagu ni dari stock zaman aku tengah suka kat boyband… pathethic :( ok, a grown woman, umur dah 28 still ala-ala ada crush kat boyband memberss….. sob,sob… yes… that is me (angkat jari… malluuu..) siap beli magazine2 import yang mahal sebab nak kumpul gambar ok? masa tu internet kan macam haram agak slow bukan macam sekarang…L.A.J.U… sangat! ? Sanggup beli CD Original, DVD concert (lanun…), donlod gambar tunggu sampai janggut paras lutut… SANGGUP…! Lepas tu….. bila dah habih era tu… ketawa sendiri bila jumpa stash aku kat opis (sanggup menghasut kawan2 sekali suh minat jugak..) tapi aku bukan minat kat jejantz westlife, aku suka n’sync,  NANTI… bukan budak timberlake but……. si yang rambut macam nenas tu… talk about not having taste kan aku…. :P

YouTube Preview Image
« Older Entries