Cara Mu dan Cara Ku berbeza…. bukan pasal kuih cara ek..!

Cara Mu dan Cara Ku berbeza…. bukan pasal kuih cara ek..!

Warrgghhh…!! Tersangat lah penatnya… sejak dua menjak memaksa diri tidur cepat sebab nak bangun awal dari biasa… pukul 8 lebih dah ngantuk giler… nak titonnnn…. tapi gagah kan diri untuk update jugak sebab …. ntah sebab apa..? Kalau solat macam ni punye gigih kan bagus… hihi.. 😛

Gambar-gambar random makanan yang aku amek…. tak nak tengok pi tidor.. syooh!

Nasi bungkus beli kat east and west cafe berhadapan persada johor… ini maman aku belikan… lauk paru goreng sambal dengan ayam and kuah apa ntah… nasi punya lah banyak, macam nak bagi pekerja kontrak makan aja… end-up aku makan nasi suku aja and ayam pun tak sentuh… lauk tak kena dengan selela… Harga RM6.

Ini nasi campur pi makan kat gelang patah, en. hubby baik hati pulak nak bawak jalan jauh sikit…. yang kat atas tu pinggan mokcik… lauk ikan cencaru bakar, batang keladi masak asam ada kupang, kacang botol as ulam and sambal belacan. Pinggan en. hubby biasalah dia, mesti amek ayam punya and kentang goreng… Nasi separuh, air limau ais and teh ais Total RM12. Sedap!!! The day before that makan kat nasi padang pokok besar kg melayu. Aku amek lauk daging dendeng, lemak nangka, kupang sambal sikit (6+- biji kupang size M), begedel slim ala-ala sedang berdiet, en. hubby amek….whatelse ayam and 1 other lauk, air limau ais and teh ais, total RM17… Giler kentang mahal!!!! Gambor tak amek sebab ala-ala blurr, tak sangka en. hubby nak makan kat sini sebab dia dah pernah kondem mahal giler tapi time-time aku cakap nak belanja, berdezup pulak pi sini…. bijak tul kepala hotak dia….

Ini breakfast aku hari sabtu… pancake oat, makan dengan scramble eggs sausage dan sos cili McD… Yummeh!! Free tak payah bayor apa-apa… perut kenyang sampai berketak-ketak…. muahahahah!! evil laugh and kentut bbrrottttt —–> 😛

 

2 Responses »

  1. Salam,

    Baru discover yr blog. Nak komen sket, jeng jeng …., kasi suspen sket.
    u r outspoken, daring n whatever but not boring. love yr blog! keep it up!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>