Capati ~ Jawa Style

Capati ~ Jawa Style

Merasa lah aku hupdate semua guna bahan lapuk…. Buat ni masa bulan November ari tu…. tekak teringin sangat nak makan capati tapi nak makan kat luar semua menyakitkan hati dan ada juga yang menyusahkan hati… Ye lah, korang tau je la, kalau makan kat mamak belum tentu lagi tahap kebersihan tu…. tu yang susah hati…. tapi kadang tu bedal jugak…. hehe

capethihe

Hahaha gambor tak berapa nak lawo… sebab subjek pun tak lawa…. ni makan dengan dalca tak cukup bahan nama nya… sebenornya tak boleh panggil dalca pun sebab tak de dalchor nye… hihi

Nak buat capati, aku guna tepung ata cap ini… jumpa kat giant, macam menarik so, let’s cuba dan ternyata tak mengecewakan… Capati ku lembut walaupun sejuk… nak banding dengan selalu aku buat, baru 15 – 20 minit dah kejung, baling nak halau anjing, boleh pengsan anjing…

tepungatatau

Op coz lah sebab aku bukan dari keturunan bai toncet, capati ni aku dah bega-bega ikut suka hati aku… fusion ok.. jawabai or jabai…. asal jangan cibai sudehhh…

  • 2 cawan tepung ata
  • 2 tbsp mentega (tulen banngg)
  • +- 1 cawan air suam
  • garam secukup rasa (aku tak letak..)

Uli-uli jadi macam ni ha…

dolradadol

Kuah tu asal nya aku nak buat dalca, sekali aku dah selongkar segala harta karun simpanan pusaka aku.. tak de pulak… tak kisah lah…kita buat sendiri kuah agak-agak macam dalca… mueh, mueh, mueh…. ini je la yang ada kat dalam peti sojuk tu pun…. sedey..

Bahan-bahan hiris, tengok gambar sudeh… malas aku nak type… lagipun ini untuk rujukan sendiri kalau teringin nak buat lagi… tengok ni cukup lah Senah oiiii…

pirin

Aku nye kuah ala-ala vegetarian sebab malas nak thaw kan ayam kat esbok, hamek ko vegetarian kekdah nya… guna kentang, terung dan kacang buncis… ooo aku rasa aku ada guna biji sawi and kunyit sikit and sedikit kiub ayam maggie ok…..

mangkun

Kentang rebus jek…

kentangla

Lepas rebus tumis bahan-bahan hiris lebur dalam tu..jadi dah macam ni.. dah boleh mamam…. sedap jugak… Walaupun tidak mendapat kepujian dari juri-juri veteran dalam rumah ni..tidak juga di cerca ok…kira sesedap tekak la….

dalcamalas

Sekian itu saje merapu aku untuk hari ni….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>