Butternut Pumpkin Muffin ala Jaime Oliver

Butternut Pumpkin Muffin ala Jaime Oliver

Hari tu masa tengok tv, si jaime ni buat muffin pakai butternut pumpkin. Nampak menarik, so aku pun gedik la nak cuba. Aku dah lama nak rasa butternut squash ni tapi sebab ianya sayur import, faktor harga tu yang buat aku sedikit apprehensive. Ye lah, dah la harga belas2 hinggit untuk labu yang tak besar mana, kalau buat nye rasa tak sedap…tak ke naya… ┬ábeli butternut squash ni pun sebab jumpa yang paling kecit, murah sket baru RM8.00 hengget. Mula2 belah 2 squash ni and potong panjang, tabur garam, blackpepper and minyak sikit, bakar dalam oven, tup-tup aku boleh lak terlupa sebab leka tengok CSI, habih punah …merentung nok! Dah la mahal, tak de rejeki aku nak makan. Potongan yang sebelah lagi tu lah aku buat muffin ni…

Bahan2 :

  • 200 gm butternut squash – tak payah buang kulit, sagat halus
  • 150 gm brown sugar – sudah dikurangkan dari resipi asal pun masih manis lagi
  • 2 biji telur
  • 160 gm tepung gandum
  • 1 tsp baking powder – mumbung
  • Sedikit hirisan badam
  • Sedikit parutan kulit kayu manis
  • 90 ml minyak jagung

Boleh nampak bekas hitam2 squash aku yang merentung …. basuh pun susah nak hilang :(

Cara :

Kalau ikut stail jaime, dia lebur semua bahan dalam food processor tapi aku tak de food processor, manually lah… Squash tu aku sagat dengan kulit2 sekali, tak de rasa pelik, in fact bagus boleh tambah serat. Tepung dengan baking powder aku ayak, letak dalam mangkuk, letak sekali, squash tadi, telur, gula, kayu manis, minyak, semua lah bahan2 tu and gaul rata. Lepas tu letak dalam muffin solo cup. Aku guna saiz 2 oz dapat lah dalam 10 ketul. Bakar sampai keperangan dalam oven 180C. Aku tak buat pun topping tu sebab kitaorang memang bukan jenis yang suka makan ada topping2, plain and simple je… Sedap!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>