Bubur Som Som

Bubur Som Som

Dulu masa aku kecik, mak aku deposit kan aku kat rumah baby-sitter. Baby-sitter ni aku panggil mak aghah… orang jawa. Salah satu daripada makanan yang rajin mak aghah aku ni masak ialah bubur som som tapi masa aku kecik dulu aku cukup benci bila dia masak menatang ni. Pada tekak aku yang masih kecik cenonit tu, rasa bubur som som ni memang macam haram lah… Mesti aku throw tanrum sebab kena paksa makan. Mak aghah ni ada dua anak jantan, satu abg mus, satu abg. masli (agaknya lah) si abg mus ni lah suka menganjing aku bila aku mengaruk tak nak makan tu. Ada ke patut dia pangey aku melayu ngencret! Chit! Lagi lah aku mengamuk, angin satu badan, walaupun aku tak tau apa makna ngencret tu (sekarang sudah tau lah… ngencret = cair).

Sadly mak aghah dah past away a couple of years back. The last time aku jumpa dia, dia baru baik kena strok, mulut senget, cakap pun aku tak paham. Lama dia bela aku dulu adalah dekat 5-6 tahun. Dah tua ni, baru nak berjinak-jinak makan somsom. I’m still not too crazy about the taste but boleh terima lah… Ni aku buat malam tadi.

Bubur Som Som

Ingredients :

  • ½ cup rice flour
  • 1 tbsp hoen kwee flour
  • 2½ cups coconut milk ( i used 1 box kara coconut milk + 1½ cups water)
  • a pinch of salt
  • green colouring

sweet sauce :

  • 2 parts of gula melaka
  • 1 part sugar
  • 1 cup water (all ingredients to be boiled together until dissolved)

Method :

  1. Mix everything except the sweet sauce part, and cook on the burner until mixture turns thick and bubles.
  2. Pour into container to cool down.
  3. Best served cold ~ nyuumm!

bubur-som-som

DISCLAIMER : This is not the original bubur somsom recipe which did not have the hoen kwee flour. I don’t like the original texture which was too soft for my liking that’s why i added the hoen kwee flour to firm it up a bit. Jangan pulak nanti ada yang comment cakap ini bukan bubur somsom kannn..????

2 Responses »

  1. ye tau. according to my father who is 100% genuine darah jawa, ngencret = melayu + jawa (bukan keturunan jawa dan bukan keturunan melayu)… tapi bunyi ngencret tu kan macam bunyi benda cair so i suka suki cakap ~ cair…. 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>