Buah Berangan @ roasted chesnut….

Buah Berangan @ roasted chesnut….

Kelmarin, aku merajuk dengan mak aku. Alah, pasal berebut kan nak tengok tv…. boleh? Macam budak-budak kan? Memang lah it’s a trivial matter tapi still… aku terasa. My mother has this habit yang bila dia marah, dia akan menghempas barang. A habit, i am ashamed to add, that i have inherited (tunduk malu…). So, kelmarin, bila dia dah marah sebab remote tu dalam genggaman gue and she cannot do anything, dia pun apa lagi menghempas lah benda kat tangan dia and walk away. Entah kenapa, aku macam sentap pulak kan.. I change the channel and walk away too. I was angry too. Aku teringat masa aku kecik-kecik and she would bang everything in the kitchen and made me feel guilty….. for being hungry. I know that she was tired (she’s a working mom), maybe dia tengah angin dengan bapak aku ke tapi aku kan budak lagi manalah aku tau apa…. Bila dia menghempas-hempas barang tu, aku pulak yang rasa bersalah, macam aku, punca dia mengentan. I tell you, kalau lah aku ada anak, aku tak nak buat anak aku rasa bersalah tak tentu pasal…. Aku memang semulajadi garang tapi kalau marah kat budak tu, mesti cakap apa yang dia buat salah. Not just randomly mengamuk tak tentu pasal… terencat pulak budak tu punya emotional development. Patutlah….. aku emosi terencat rupanya…. Anyway, i know she’s my mother and i shouldn’t be petty and all… but that is precisely the point. Disebabkan dia mak aku lah, aku tak suka dia buat macam tu. Kalau marah kat aku, cakap lah, jangan hempas-hempas barang. Tak suka… Aku merajuk, tak de mood nak berbual.

Semalam, semua orang kat rumah keluar. Tinggal lah aku dengan laki aku. Then aku dengar bunyi kereta masuk, mak dgn bapak aku balik lah. Aku duduk kat sofa favourite mak aku, masa dia masuk tu, dia suruh aku tepi sikit (dia pun ego gak, sama-sama merajuk lah). Pastu aku tengok dia ada bawak bungkusan kecik. Apa lah orang tua ni beli, kata aku dalam hati…. Then dia bagi bapak aku sikit, pastu dia tolak bungkusan tu kat tepi aku. Oooohhh, dia beli buah berangan lah. Alamak… macam mana ni, sedap tu ,mana boleh makan kalau merajuk…hehe Aku pun apa lagi ngap….! Pastu mak aku cakap… besok jangan lupa ambik mak tengah hari, mak nak pergi kelas…. ye lah…. hehe…

Saje je nak cerita, cleaner kat opis aku ni, basuh mop dalam toilet bowl. Boleh? Bila dia dah habis mop opis tu, dia masuk toilet and ‘cuci’ the mop inside the toilet bowl…….hahahaha….. kelakar….. Serupa macam tak payah mop lah kak oiiii! Bila aku cakap kat dia, dia kata, eh, kan air ni bersih, lagipun akak pam sekali ni. Hahaha… apa lah akak ni, air bersih pun, mangkuk jamban  tu kan kotor, bekas menampung najis…..Akak pun bukan nya rajin sangat nak sental toilet bowl tu dengan disinfectant,ke hapa,  cuma cuci lebih kurang je…. Hai…jangan dia buat macam tu dengan benda-benda lain dah ler…. Erk! Kembang tekak aku….. Teringat kat bekas housemate aku yang tak basuh batu lesung dia setiap kali lepas pakai. Just letak je bawah sinki, kalau kitaorang ni pembersih gila tak pe lah. Dengan ntah apa-apa binatang yang lalu kat lantai tu, bila dia nak pakai balik dia tak cuci pun…… terus je tumbuk…. erk! tapi dia kata BF dia puji dia masak sedap…… hahaha… sedap lah kot, ada perisa taik lipas….. hahahaha….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>