Botok-botok. Aku tak suka orang panggil botok2, botox. Bongok tul!

Botok-botok. Aku tak suka orang panggil botok2, botox. Bongok tul!

botokbotok2

Botok-botok ialah sejenis makanan di Johor. Tempat lain tak sure ada ke tidak, ada orang cakap di daerah lain botok-botok dipanggil pais ikan. I beg to differ lah, jauh macam matahari dengan bintang ok.  Pais biasanya bakar, boleh gak kukus tapi botok-botok mesti kukus. Tak boleh bakar, abis semua ulam-ulam yang ada dalam tu merentung kalau bakar, penat je prepare and rugi beli daun2 yang susah nak cari tu. Pais biasanya ikan dan rempah bungkus dalam daun pisang, botok2 pun sama, ada ikan, ada rempah tetapi… ditambah dengan pucuk-pucuk pokok ulam dengan meriah nya. Itu yang membeza kan botok-botok dengan pais hokay? Susah nak cari botok-botok yang sedap sekarang ni, hari tu tekak ni dah tak boleh tahan nak makan botok-botok. En. laki plak murah rezeki, dapat ikan tenggiri bagak… apa lagi.. aku pun mula kan lah operasi ~projek botok-botok. Sebenarnya, mak adik ipar aku terer gak buat botok-botok tapi pompuan tu, hampeh, tak reti buat pun… Tak pe lah nasib baik ada internet boleh surf resipi…

Projek dimulakan dengan pencarian daun-daun ulam tu. Pergi pasar Larkin, jumpa satu stall, aku recognise satu daun tu, so tanya kat makcik yang jual tu, ada jual daun botok2 tak? Nasib kitaorang memang baik lah, makcik tu punya lah ramah tak nak mampus, siap tolong carikan semua menatang daun yang diperlukan. Ada pucuk ubi, pucuk betik, daun bebuas, pucuk mengkudu, pucuk kaduk, daun selasih, daun kunyit, daun limau, and beberapa lagi daun yang aku tak kenal rupa and nama… Korang tau berapa habis beli daun saja? RM20 untuk tiga beg plastik besar…. mahal tak mahal lah kan, tekak punya pasal sanggup… Lepas tu cari kari ikan dan beli santan. Balik rumah terus tackle daun-daun tu, pilih and petik pucuk saje, part membasuh aku serah kat PA aku fiza, aku buat rempah dan masak ayam kicap untuk en. laki. Kerat jari lah mamat tu nak makan botok-botok, siap dia lalu sebelah tanya dengan  muka berkerut-kerut, masak apa ni? Eeeeeeeiii! Bertuah punya laki, so kena masak kan lauk kicap, kalau tak meltdown perut lapar tak boleh makan (ngengada tul..)

botokbotok3

Bawah sekali lapis dengan pucuk betik, lepas tu letak lah segala daun yang ada… kitaorang main hentam keromo jek, janji letak daun-daun tu…

botokbotok

tangan yang gebus tu ialah tangan PA saya, saya nak ambik gambor so tak leh nak melapis…. hihi 😛

botokbotok4

Ni rupa sebelum kena bungkus dan kukus…bila dah kukus, macam ni ha…. tak kecur air liur kau Lijah..?

botokbotok5

Waahhhh… sangat mengecur kan air liur, sedap tau! Aku dah pandai buat botok-botok ! Hoyei, hoyei! boleh meniaga dan jadi kaya…. 😀 Ini resipi rempah botok2, aku bagi pakai sistem agak je sebab aku pun masak macam tu…tapi ingredient penting semua listed lah ;

  1. rempah kari ikan 1 peket (beli yang bancuh kat kedai india tu)
  2. bawang besar/merah
  3. bawang putih
  4. lengkuas
  5. halia
  6. serai
  7. kerisik dalam 100 gm (1 peket)
  8. air asam jawa
  9. santan
  10. cili kisar beberapa sudu

Daun-daun plak :

  1. pucuk daun betik
  2. pucuk daun kaduk
  3. pucuk daun ubi pulut
  4. pucuk daun puding teh
  5. pucuk daun puding
  6. pucuk daun mengkudu
  7. pucuk daun bebuas
  8. daun kunyit
  9. daun limau
  10. daun selasih
  11. daun kesum – tapi aku tak letak pun ~ lupa
  12. daun pisang untuk membungkus

2 Responses »

  1. hah… patut pun sebab nak petik pucuk and basuh semua sekali siap, makan masa ½ jam (tu belum kira dengan sessi ngumpat and buat lawak bodoh lagi…) hihi 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>