Black Monday…

Black Monday…

Hari ni aku bad mood habis… Memang black monday.. Apahal agaknya, nak kata urat kentut putus tak jugak, sedap jek aku keluarkan semburan angin jet siap dengan boom surround system lagik….

Sebenarnya mood aku yang jahat tu (bad = jahat? atau bad = cool, seperti kata Michael Jackson?) ialah cummulative daripada hari jumaat.. At the risk of sounding petty and mengada-ngada aku sebenarnya kecik hati dengan officer aku sebab dia tak habis-habis puji colleague aku. Asyik la cakap orang tu bagus lah, patut kena promote la, dia nak ambik orang tu keja kat tempat aku la.. all the while dia cakap ni, aku macam patung kucing yang tangan turun naik tu, kat depan dia…

Dia tak kisah langsung perasaan aku sebab cara dia bercakap langsung tak appreciate kerja-kerja aku, as if 12 tahun aku kerja dengan dia, berjuta2 nilai kes dia aku tolong buat and sudah di approve and dia sendiri pun dapat bonus sampai 6 bulan.. all that doesn’t mean a thing. I AM NOT GOOD ENOUGH! Aku sangat kecik hati ok, this is the person yang panggil aku to solve each and every little details of her office life and she still thinks i’m not good enough. Dia anggap aku bodoh. Well, i have news for her, if she thinks i’m stupid, then she’s even more stupid than me because she hired me… huh!! AND I think it’s a bit racist laaa… because the one that she’s been complimenting is sama bangsa dengan dia…. and kerja colleague aku tu is 98% sama macam aku. AND the only reason aku tak buat apa colleague aku buat is because i don’t have the systems password which was not given to lowly level worker bee like me and my colleague, which means that my colleague tu actually is violating the company policy. Lagi nak cakap aku tak bagus?! Bencik!!

No. 2, aku rasa tak sihat daripada hari jumaat. Badan aku bisa-bisa all over, perut sakit – as in memulas-mulas, badan macam dedar tapi nak kata demam tak pulak… Aku kalau nak datang menses, dah dua bulan macam ni, SAKIT SATU BADAN!! So, 90% of saturday and sunday was spent sleeping… Itu je yang aku mampu buat… seriously..! My maman tak habis-habis nak memekak cakap aku asyik membuta.. Allo.. badan i sakit ok? What do you want me to do? Mencangkul? Lagi lah pulak on sunday ada family outing, laki aku boleh pulak buat lawak memutuskan urat saraf aku kan..itu pun menambah kan aku punya sakit – sakit badan, sakit hati, sakit segala-gala nya lah…

Nasib baik malam tu dia bawak aku keluar… Pergi Tesc0 jek.. tapi budak cashier kat Tesc0 tu pun menaikkan darah aku… masa nak bayar tu aku hulur kad Tesc0 kat dia, dia buat BODOH je.. She ignored me, and aku pun macam bangang la pegang kad tu hulur lagi kat dia…. sampai la laki aku perasan and take the card from me… boleh? Lepas tu, tuhan nak tunjukkan, dia kena scan balik all of the things that i bought sebab tak masuk the first time round… PADAN MUKA, eksyen sangat! Apa lah sangat dia ambik kad tu masa aku hulur kat dia? Bukan nye memang selalu pun macam tu kan? Bukan aku cakap kasar and campak kat dia… Aku penuh sopan lagi bagi kat dia… RASAIN lepas tu muka aku masam pekut…tengok pun tak hingin! Laki aku boleh pulak back-up budak cashier tu, cakap, ‘ala… budak tu kan baru kerja, mesti dia gabra tu, tengok orang ramai…’

SO?!  ADA GUE KISAHH??? See? Told y’all aku memang petty!!! muhaahahahaha —> evil laugh and brrootttttoottttt!!! 😛

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>