Bila bercakap tentang hak……

Bila bercakap tentang hak……

“Allah (SWT) is never blind to your tears, never deaf to your prayers and never silent to your pain and He’s never too Far.”

This piece of gem aku kutip dari FB, peringatan untuk kita semua, walaupun janda (mana lah tau, jodoh dah sampai nanti) lebih-lebih lagi untuk ISTERI-ISTERI orang diluar sana, tak kira lah sama ada pengantin baru atau pun lama, anda tu bahagia atau pun tidak…Kalau masih lagi tinggal sebumbung, walau hati kata nya dah tak cinta, memendam rasa, merindu kepada lelaki lain….

Biarpun suamimu tidak berpelajaran tinggi, tidak kaya, tidak pandai, tidak punya pekerjaan gaji besar, tidak pandai berbual, tak romantic, tak pandai melayan…

SUAMI itu tetap WAJIB dihormati dan diTAATI selagi mana dia masih bergelar suami

Redha ALLAH adalah selepas redha seorang suami

Dia juga adalah imam dan ketua keluarga kamu

Dia juga yang bakal memimpin tangan kamu ke syurga nanti

Jodoh kamu dengannya telah ALLAH tetapkan sebelum kamu lahir ke dunia ini lagi. Alhamdullilah….

Bersyukur lah kerana status anda sebagai isteri…

Ini aku sendiri yang nak tambah, perceraian ialah satu perkara yang Allah benci tetapi HALAL. Ia nya jalan terakhir jika sudah tiada jalan penyelesaian. Lebih baik bercerai daripada berpegang kepada status isteri kerana takutkan persepsi masyarakat, takutkan nasib diri samada akan terbela atau tidak, lebih baik bercerai daripada menjadi isteri yang curang. Ini bukan kerana ‘kau tak kena, senang lah cakap’. Aku bercakap daripada pengalaman hidup aku sendiri. Dalam hidup ni, kita mencari bahagia dan dalam mencari bahagia perlu diingatkan dalam dunia semuanya bukan milik kita tapi milik Allah. Kalau bukan hak kita buat macam mana pun, (pergi bomoh (nauzubillah), doa, sembahyang hajat etc.) pun tak akan boleh bersama tapi kalau jodoh kita pasti nya akan bersama nanti. Jangan terlalu ghairah nak menuntut hak, sampai ketepikan hak orang lain. Kebahagiaan akan datang dalam diri sendiri, ia lahir apabila kita lebih banyak memberikan hak kita berbanding hanya menuntut hak. Allah akan memberi apa yang  kita perlu, bukan apa yang kita minta.

*Nota kaki : Aku memang bukan orang yang bijak pandai. Belajar pun setakat sekolah menengah je, apa yang aku tau pun sebab pak google…. tapi aku ada prinsip.

Jangan kacau hak orang.

Jangan kurang ajar, tak reti bahasa.

Jangan busuk hati, suka nak laga-lagakan orang.

Jangan suka tengok kesusahan orang.

Jangan memaksa pada yang tak sudi.

Sesuatu yang berlaku mesti ada hikmah nye, muhasabah diri, tengok dimana kekurangan diri sendiri, jangan cepat dan suka nak menuding jari cari kesalahan orang lain. Runtuh nya rumahtangga aku sedikit sebanyak adalah salah diri aku sendiri. Aku tengah mencari bahagia, tengah berusaha untuk menjadi yang lebih baik.Apa pun yang dah berlaku, yang akan berlaku,  tolong hormat dengan hak aku, hak bf aku, hak orang yang betul-betul berhak ke atas diri kau. Kalau dah tak boleh jugak nak hormat dengan hak orang lain, hormat lah diri sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>