Bicara Roti @ Bread Talk

Bicara Roti @ Bread Talk

Hehe.. tajuk poyo… Ini sebenarnya nama kedai roti favourite aku. DDUUUULLUUUU masa aku baru tau kewujudan kedai ni, ada kat Jusc0 Tebrau jek… Lepas tu dia bukak kat Bukit Indah, memang happy la sebab dekat sikit, walaupun still bercinta nak pi Jusc0 tu sebab parking macam haram, penuh sentiasa…. Lepas tu dia tutup kedai kat Bukit Indah, aku wandering jugak la, apahal plak tutup? Tak kan bankrup plak..? Rupanya… dia bukak kedai kat KSL, lagi lah aku kegirangan, tertonggek-tonggek buat victory dance (dalam hati je maaaa…!) sebab sangat dekat dengan rumah dan opis.. happy days!

Bread Talk ni ada cafe nama dia Toast Box…(cute eh nama-nama dia?) during my sojourn to KSL masa lunch tu, aku pun pi lah melantak kat toast box ni… banyak benda yang tak kena dengan aku kat toast box ni… first sekali, cuba ko tengok gambaq bawah ni…..

Seating is TOO DAMN SMALL…. macam kat kindergarden, yang nak duduk pulak mak gajah macam aku… macam siyal, aku boleh rasa lebeihan bontot aku terkeluar dari parameter itu kerusi ok….? Eleh.. orang kurus pun aku tengok macam tak berapa selesa jek duduk.. sebab meja tu pun pendek dan tak luas untuk korang letak kaki.. pendek kata memang tak relaks la…. Maybe that’s precisely the point of the designer of the cafe. NO, YOU CAN’T RELAX HERE, EAT AND GET THE HELL OUT!! hehe.. 😛

This is what i ordered on that day, Curry Laksa…. Rasa…? Tak sedap! The gravy is just too thick that is was cloying. Melekat-lekat kat tekak aku…. eeeww… tak sodap! Boleh bayang kan tak ko masak kari, letak santan kotak tu 2-3 kotak, jangan campur dengan air.. apa rupa dan rasa? Macam kesiyalan lah rasa nya…. even if cukup rempah ratus…. tapi aku tak serik sebab ada satu lagi benda dalam menu dia yang aku teringin  nak rasa and aku pujuk diri yang maybe aku salah order, curry laksa maybe not their strongest suit kan… Next time tu, aku order menatang ni pulak…

Mee Siam Kuah….. and…. Tipah Tertipu lagi bang! Kuah mee siam tu macam air rendaman stokin jek aku rasa… Stokin pemain bola yang kaki dia berpeluh gila, hari-hari pakai selama 6 bulan tak berbasuh…. HAAAA macam tu lah aku rasa …. Kuah pekat giler, masam giler, tak de rasa manis udang ke, cuma rasa lada and tauchu and masam! Mee siam tu pulak, aku rasa dia just gaul je dengan lada  kisar, tak de rasa apa langsung! SANGAT TAK SEDAP! Yang sedap cuma telur, itu pun aku suspek sebab rebus je kan..tak kan rebus boleh fuckup?

My conclusion is this, bread talk – roti, sandwiches and cakes dia superb…. mahal but superb… i loike! tapi toast box……. ko layak jadi burnt toast je lah, pastu masuk tong sampah…atau masuk tempat baja kompos je….  hihi 😛

 

2 Responses »

  1. toast box under bread talk ke? x tau pulak. apsal la jauh sgt lari? mcm season cafe dgn lavender bistro.. kan senang org nak kenal. anyway, toast box kt bkt indah kan dah ganti subway. gembira nya i. i pon pegi la mkn kelmarin. alahai…. salad je byk. daging mcm x mo letak lgsg je. kecik ati. pasni xmo pegi dah. huhu.

  2. yeszaaa adik beradik semanagement… Mmg patut you sakit hati, ingat kambing ke bagi salad banyak2..? 😛

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>