Biar ko kecur, ayaq liur terkeluaq….

Biar ko kecur, ayaq liur terkeluaq….

Or maybe not?…. Ada aku kisah…. (mati la start entry dah gila emo…) Post ini aku tujukan khas untuk mu… kak baby, yang sedang lara kerana kaki yang timpang sekarang….. :(

Malam jumaat lepas, aku masak bubur lambuk. Jangan lah excited dengar, bubur lambuk aku bukan macam yang famous2 yang masjid sedekah kan tu…Ini bubur lambuk julie style… bubur stail orang malas kot…. Actually, aku dapat resipi ni pun dari seseorang, si i guess the right thing to do is letak lah nama dia sekali kot… cuma masaalah nye, kalau aku letak sekali nama dia bubur tu nama dia jadi : Bubur Lambuk fatjulie style…. so…you can see my dilema kan..? Tak de makna nyer aku nak mengaku yang aku ni fat a.k.a gemuk…. so aku rasa lebih baik aku drop je nama pompuan tak bertuah itu…. Sebelum aku catit resipi, perlu aku ingatkan yang apa aku turun kan kat sini adalah anggaran sajork…kalau kau nak buat lebih, lebih kan bahan, nak buat sikit, kurang kan bahan…. simple… hehe berangan, macam lah ada orang nak resipi…

bubur-lambuk-julie

Bahan2 :

  1. 1 cawan beras; gosek sampai bersih, tuang lebih kurang 5 cawan air, dan tenggek atas api
  2. Hiris nipis sebiji bawang besar, sebiji bawang putih sederhana besar, campur ke dalam beras yang sedang mendidih
  3. Bila beras dah masak and menjadi bubur (sila tambah air jika tekstur nasi tak sehancur yang dikehendaki) masukkan kira2 1cm atau lebih halia muda yang dihiris nipis dan sengenggam ikan bilis, 1 sudu besar udang kering dan 1½ sudu besar lada hitam yang telah dikisar /tumbuk halus, kacau. (Kalau nak masuk daging kisar ke, udang basah ke or apa2 lah binatang, time ni lah patut masuk)
  4. Pastu masukkan ½ cawan santan, semangkuk sayur pucuk paku (optional), semangkuk daun selasih (compulsory, if not rasa bubur adalah kureng..) and biar sampai sayur layu and masak…. garam, gula and serbuk perasa, sendiri mau ingat lah…..
  5. Pastu makan…. ~nyum! Sangat sesuai untuk mereka yang tidak sihat badan seperti saya masa hari jumaat tuh….

Esok nyer, aku kena buli dengan laki aku, teman kan dia pergi ke kedai peralatan memancing….. something yang aku benci sebab macam pompuan belek kain ela…. berejam ok?! Tak koser tau…. Nasib baik lepas tu dia belanja makan kat Seas0n…. jeng, jeng, jeng….. lama tak makan kat sini sebab laki aku banyak songeh bila aku ajak…ni kira rasuah lah neehh….

Laki aku makan, Pasta with chicken teriyaki…. lebih kurang lah tu bunyi nye…RM16.90 (Harga aku letak pasal senang nak buat comparison dengan tempat lain in case aku lupa. Bukan pasal nak menunjuk bagai…!) Ni ghoper dia… Tang ni memang sengaja aku menunjuk!

teriyaki-chicken

Malang nyer, mamat tu kedekut dengan pasta dia, terpaksa buat muka toyer and rampas kuasa untuk merasa ok…Sedap gilers itu pasta, ayam …not so much. Aku order grilled chicken kebab with butter rice (RM12.90)…pun sedap jugak tapi…….

chic-kebab

Sorrryyy…. mak lapar giler nyeh…. Pastu service diaorang slow, pasta laki mak dah sampai, kebab aku tak sampai lagi, mana boleh tahan. Dah la mamat tu kedekut, so sampai2 aku adalah gelojoh…. teringat nak ambik gambar bila dah selesaii….. 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>