Berbekam

Berbekam

Aku ni semenjak 2 menjak ni asyik sakit2 badan je. Sangat tensen tau. Masa hari raya opss.. bukan… masa lepas deepavali hari tu, aku rasa sakit yang dah tahap kritikal lah… Tak tentu arah dibuat nya. Aku nak buat bekam dah lama tapi en. laki tak bagi and dia takut2 kan aku (which is typical of en. laki, suka menakutkan aku if i want to try something new) tapi too bad lah kan sebab perempuan yang dia pilih buat bini ni adalah amat degil and tak de istilah takut ok… harus cuba. Aku dah buat research, welll what i could lah from the internet and i find that berbekam ni adalah sunnah nabi (betul ke ayat tu?) So, aku pun ajak fiza teman pergi ke AKUBEKAM kat UDA untuk buat bekam. I was in so much pain i was desperate to try anything ok…

Bila sampai kat kedai tu dah pukul 4.30pm and orang tu cakap diaorang tak accept lagi patient sebab dah nak tutup kedai. Aku dah down lah masa tu tapi buat lah appointment untuk buat bekam esoknya. Tak dapat hari ni, besok pun jadi lah…. janji tak rasa lagi sakit badan. In the mean time, aku heret si fiza pergi ke Tebrau untuk pergi mengurut badan pulak. Dah lama gila aku tak pergi ke tempat ni, adalah 5-6 tahun. Punca nye aku tak suka sebab dulu bilik mengurut tu communal, ramai ok. Dah la kena berbogel bagai, ramai2 pulak… malu lah!! Kali ni sebab tak tahan sakit, aku redah je lah. What a pleasant surprise, rupanya dia orang dah renovate tempat tu and dah ada private stalls…. Ahkak bahagia…. Bliss, kena urut 1.5 jam. Tau kenapa 1.5 jam sahaja…sebab aku nak terberak pulak…. siap dengan perut memulas bagai..niceee…. Sessi mengurut 1.5jam kos – RM65+ aku tak ingat pulak exact harga, yang pasti kurang dari RM70 la.. Lega sikit badan…malam tidur macam batang kayu..

Besok nya aku blah dari opis awal sikit sebab appointment pukul 4.30pm kan, punya lah aku berkejar bagai sebab dah terlambat. Masa tu memang bukan hari aku lah, kereta aku kena langgar pulak dari tepi masa aku dah nak sampai kat kedai tu. Aku punya stress level masa tu aku rasa kalau kepala aku boleh meletup dah meletup dah… Yang lagi buat aku angin satu badan, budak yang langgar kereta aku tu boleh panggil aku MAKCIK ok?! Dah la dia langgar kereta aku, nak keluar tak tengok tepi, main cakap sorry, sorry, sorry MAKCIK… Babik betul, cakap sorry je boleh betul kan ke kereta aku yang kemik tu? HHmmm.. sudah lah, kalau aku paksa pun, he won’t pay, so aku jerit kat dia ‘JANGAN PANGGIL AKU MAKCIK. AKU BUKAN MAKCIK KAU LAAHHH!’

Bersambung…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>