Belentain dinner kata nye…..

Belentain dinner kata nye…..

roti jalajalan

Puiihhh la valentine…. Semalam aku dinner sensorang, warga rumah hj samani semua ada urusan masing-masing, tak de masa nak layan aku…. So, aku dengan gembira dan tamaknya masak roti jala….nasib baik siang tu mak aku beli lauk kari, tu yang datang idea tu….makan plak dalam suasana sejuk sesedap tulang, ye lah, hujan sepanjang hari kan?….. memang marvellous!

Dengan ini aku dengan riak dan bangga nye nak share resepi roti jala aku, so let’s catit….

Ingredients :

  • 2 cups tepung gandum
  • 2 eggs
  • 1 cup susu segar
  • 1/2 cup air
  • sedikit garam dan pewarna kuning

Cara nye pulak :

Lebur semua benda dalam blender, on kan blender, blend sampai sebati. Lepas tu tapis and boleh start masak…

jalaan5

Aku masak guna botol muncung tiga ni haa…. beli kat daiso… sekarang dah senang nak cari.. Kan satu masa dulu macam hot stuff kat kalangan blogger2 masak.. (eeiii…) Memang aku akui, guna botol ni lebih bersih dan kurang faktor mengecah..senang nak kemas.. tapi aku dah lama gak tak buat roti jala, masa mula-mula buat tu, nak tau apa jadi…?

jalaan2

Hamek ko! Geseng, Ireng, hangit, u’ollssss, roti jala aku! Tiga keping kot yang meratap nasib, macam dayang senandung rupa…. Api kuat sangat lah…. sibuk nak amek gambar lah…. (hihi..) mana tak hangit..? eleh… tiga je hangit, pastu aku dah dapat rhythm dia, ok jek..

jalaan1

Sebeban siap! Ini minus 2-3 keping yang aku dah songlap, sambil2 mengirai….Lapar siot! Hujung-hujung, aku belasah semua yang kat dalam gambar tu sensorang…. Memang burok lantak… tapi ada aku kisah…? hahahaha siap cerita dengan orang lagi…. 😛

jalaan4

Ini konon nya nak jadi artistic la…. nampak asap tebal tu..? Artistic kan? hahahahaha……..

jalaan3

Dua keping ni je pun yang aku buat 4 segi…..leceh lah! Buang masa aku jek…lagipun aku memang tak reti nak buat kerja-kerja berhalus ni… pada aku lemban jek… by the time siap, perut dah masuk angin kebulur dan ketiak and muka dah hangit sebab lama sangat dok mengadap kuali…. hehe.. Sebenarnya, aku yang gerago… malas!

jalaan6

Freestyle lagi senang! Simple, easy, original, cantik dan paling, paling, paling penting ialah…. ketiak tak hangit time makan!

PEE ASS :

Lepas mentekedarah roti jala, sepinggan hentak, ada pulak orang teringat and belikan kekanda dia ket (cake la..) Mana la mokcik tak lebor….. Terima kasih eh, jarimok!

red velvet cheesecake

Red Velvet cheesecake….. ntah kat mana dia beli, kat Giant Taman Suria agaknya…aku bukan dengar sangat, al-maklum…sibuk!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>