Bekam II

Bekam II

Sampai kat AKUBEKAM, aku masih frazzled tapi terus get down to business. Orang tu tanya aku sakit apa, aku cakap lah aku ada hypertension. Then dia tunjuk lah diagram badan manusia and tunjuk kat mana dia akan buat bekam tu. Dia suruh aku pergi ke belakang and to take off my clothes and my bra and berkemban ja. Then suruh baring meniarap atas meja massage tu. Mula2 dia buat dekat tengkok aku, bekam gitu je (bekam angin?) dulu, kira macam mengebas kan tempat tu lah. Lepas tu dia cucuk pakai pen macam yang untuk diabetes pen tu, cucuk 9 kali. Then tekup pakai cawan dia tu and sedut/suction. Lepas tu dia release pressure and kesat and cucuk lagi dengan pen tu sebanyak….. i lost count at 60. Haaaa…. macam dia main2 tau cucuk badan ko banyak2 kali kan… Pastu dia re-cupped/suction keluarkan darah toksik.

Aku rasa adalah lebih 20 tempat dia buat bekam tu. Yang paling tak boleh blah is the one behind my head, tempat yang selalu aku sakit kepala. Darah yang keluar tu bannyyaaakkkk ok and dia macam gel gitu… no wonder lah kepala hotak aku ni selalu sakit. Anyway, i am happy to report badan aku tak de lah banyak sangat darah toksin. Kat certain places je, like my shoulder blades and kat atas punggong tu. Kat pelipis kepala, darah yang keluar tu kaler dia agak gelap, tak tau lah sebab banyak toksin ke, memang macam tu ke, yang pasti budak tu cakap badan aku banyak angin sebab cup tu berwap. Masa buat kat pelipis kepala tu dia tunjuk kat aku. Eee.. setiap kali lepas dia bekam, kalau banyak darah yang keluar nanti mesti dia tunjuk kat aku darah tu, kalau sikit dia tak tunjuk lah. Kalau ikut hati aku, aku tak nak dia tunjuk sebab geli! Orang kata buat bekam tak sakit, bullshit ok! It is sakit! Mula-mula memang lah macam tak sakit tapi kalau dah kena cucuk beratus kali di banyak2 tempat, tak sakit kepala lutut dia! TETAPI sakit tu boleh tolerate lah… tak tau lah kalau aku punya pain treshold agak tinggi ke apa, tapi rasa nya kalau yang jenis tak tahan sakit better test sikit dulu kot? Anyway, selepas buat bekam, memang terasa perbezaan nya. Badan terasa sangat ringan, tak de rasa sakit2 badan, tidur sangat nyenyak, for me at least, my head/mind was quiet and still. Pendek kata rasa yang sangat nyaman lah….  I was lucky sebab bekas bekam aku tu tak lebam pun. Just nampak bekas cucuk yang beribu lemon tu je nampak macam biru/purple sikit, tak nampak sangat lah. Yang kat pelipis kepala je nampak lebam, nasib baik pakai tudung, kalau tak jenuh gak nak explain kat orang kesan lebam tu…

So, aku adalah sangat merekomen kan berbekam. At least sekali seumur hidup.

* Masa dia cucuk kat kepala tu, aku macam terasa setiap cucukan tu vibrate dalam kepala aku. You know, bunyi keletak, keletak beratus kali kat tengkorak ko…

* Masa cucuk kat pelipis kepala, memang sakit sebab kan kulit kat situ nipis…

* Masa suction yang pertama  tu, surprisingly adalah sangat melegakan, tapi bila dah kena cucuk, sakit.

* Total harga aku berbekam for 2 hours = RM279.00 termasuk lah dengan segala tok nenek ubat yang dia suruh aku beli but it was worth it! (ubat sapu, ubat buang angin, ubat apa kebenda ntah macam panadol)

10 Responses »

  1. alamak… sakit ke? takutnyer…
    nnti nk try cari tgok kat area kedah ni mane ada..
    tp takut lar plak puan julie ckap “sakit”… ouchh

  2. make sure cari pakar bekam yang pakai pencucuk pen tu, not yang toreh pakai pisau. Toreh pakai pisau lagi sakit kot? muahahahaha….

  3. saudari, itu kena lah guna common sense. pushing something the size of a bowling ball through you vjj, i think would of course hurt more…. tak tau lah kalau orang tu rasa macam nak terberak aja…. hihi…

  4. Akubekam BBU. I dah lupa rate bayaran nya tapi dia ada include banyak yuran, yuran untuk 1st time customer, yuran untuk sterilize, macam2 lah… itu agak nya yang berkumpul jadi mahal… tapi tempat nye bersih and kita tak rasa was2….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>