Batu Layar – Deepavali 2009

Batu Layar – Deepavali 2009

Lama dah tak pergi ke pantai Batu Layar, sejak jatuh cinta dengan keindahan pantai di pulau-pulau memang dah tak pandang lagi dah, pantai kat mainland nih…(tu diah… bongkak tak statement???) Deepavali hari tu, aku dah ajak geng rombongan mak kiah pergi batu layar sebab nak pergi pulau ke, tempat lain semua nyer tak sesuai, tak de masa dan tak cukup bajet, so pergi yang dekat-dekat dah laa…. Siap bbq sekali, chek dah lama ngidam nak makan kambing…. kali ni aku pergi ke bahagian baru di batu layar, kira baru teroka lah itu tempat…. Dulu tak de kemudahan awam kat tempat tu tapi la ni.. dah ada orang yang usaha kan. Cantik, bersih cuma sangat panas je… and seperti biasa di Johor segala-gala nya mahal, even untuk ambik air sembahyang kena bayar 50sen.

pix

Sedara aku yang datang dari Melaka terkejut beruk bila tapak khemah pun kena charge RM5-00 walaupun kami tak bermalam disitu. Eleh… nak buat camno dah tanah tu tanah private, suka dia lah nak charge berapa. Nasib baik di bagi nyer kita duduk melepak kat situ kan..? Lagipun kawasan tu bersih tak de sampah sarap bersepah, ada disediakan toilet dan tempat mandi yang decent, juga ada restoran kalau lapaq. Harga? Sendiri mau ingat lah….tapi hari tu aku beli beger lembu harga cuma RM2-00, so kira ok lah…

tapak

Ini tapak kami berpiknik dan bersantai…kaum lelaki ditugaskan menghidup api dan membakar makanan dan juga melayan kanak-kanak yang ada, sementara kaum perempuan pula dok melingkaq atas tikar..hehe.. ni ada beberapa gambar yang sempat aku snap sebelum kemalasan yang terlampau melanda… sorry lah certain pictures tu tak sharp, maklum lah kamera pinjam…

tapak-2

tapak-4

As you can see, pantai dia ada sedikit berbatu karang, sikit jek… tapi overall landai and ombak tak kuat sangat. Warna air pun tak de lah berkeladak, still can see your feet bila main air. Nyosal plak aku tak mandi laut, ni yang buat aku nak pergi pulau nih…

layang-3

layang2

It was a beautiful day, so sunny and hot! The guys spent the day playing ball (thank god, not each others or their own) and flying kite (well, just one kite..) Me? I was sprawled on the straw matt, sticky from the hot salty air, sleepy and looking at his….

layang-4

Subhanallah….Cantik nya alam….

2 Responses »

  1. memang best tapi kalau nasib tak baik balik berbintat ler kaki tangan… aku kena gigit sandfly, gatal macam haram…. buruk lak tu rupa…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>