Baldu Merah…

Baldu Merah…

Sekarang ni tengah riuh dengan baldu merah… alahhh…red velvet cake tuuu… padahal kek ni aku dah lama dah buat 3-4 tahun lepas…tak kecoh pun… memang lah sedap tapi ntah …pada aku biasa jek… so hari tu pergi Setia Tropika nak mamam tuty pruty, singgah kat kedai kek ni… Niniq Bakery. Ingat nak duduk sample makan dia ke apa tapi masa tu kedai dia dah nak tutup, so kitaorang beli cupcakes jek… Aku kalau pi mana2 kalau terjumpa cupcakes memang aku nak cuba sebab aku kan dulu jual cupcakes gak.. tapi sekarang ni aku dah malas nak berniaga sebab customer2 aku semua macam gampang, nak murah memanjang… mana ada untung..? Penat jek lebih..

Lawa kan kotak dia..?

Lawa kan rupa dia..?

tapi rasa dia..? So-so aja… tak de lah tak sedap tapi tak juga sedap gilerss. Creamcheese topping tu kurang rasa creamcheese lebih rasa butter sebab macam berminyak sikit. Kek nye pulak macam keras sikit, maybe sebab dah lama kot? Harga sekeping cupcake ialah RM4.80.

Korang tau, dulu aku jual cuppies pakai swiss merringue, hanya RM1.00 sekeping, size sama dengan cuppies yang aku beli kat atas ni, even pakai solo cup jugak, bekas cantik, pakai pure butter… aku tak tahan sebab rugi, mula tu aku tak reti sangat nak costing, so bila dah banyak kali orang order aku kira2 balik rugi, bila aku nak naik kan sikit je harga dalam RM1.25, wahhhh customers aku komplen! MAHAL dia kata!? Pastu tu, ada plak aku jual choc based cuppies ni dengan cheesecream topping – 1 doz RM15, kira 1 keping RM1.25, pun tak boleh jugak sebab creamcheese jek dah dekat RM10 modal..mana pulak gaji aku kan…? Bila aku naikkan dalam RM1.80, boleh tak customers aku, mula2 setuju, bila aku dah deliver, YES DELIVER FREE OF CHARGE KAT DEPAN LUBANG HIDUNGDIAORANG, dia bayar aku dengan harga lama? Duit tu dia gulung2, so aku tak check memula, bila balik baru aku check, and realise kurang….. BOLEH? So end-up sekarang ni aku dah malas nak berniaga baking ni… and aku tak paham macam mana orang lain yang sibuk jual cakap pakai pure butter la, pure itu, pure ini akan ada untung kalau diaorang jual murahss..

Ye la..agak2 le kan, tak kan nak jual mahal giler macam kat Secret Resepi ke kedai bakery lain tapi tak kan ler sampai benda nak masuk perut dan jadi daging kau nak mintak melebih2 diskaun macam welfare..?! Kena lah pikir, orang berniaga kecil-kecilan bukan beli barang pukal, dia beli barang kuantiti kecik, so harga sama jek macam korang beli sendiri, abes tak kan diaorang buat kerja welfare TOLONG bakarkan kek korang.. Nak jugak gaji, duit minyak kereta beli bahan2 mentah lagi…

Heh! As for me, for the time being aku tengah tak de mood,leceh la… jual murah, aku sendiri tak puas hati, sebab macam buat kerja welfare. Jual mahal (walaupun tak mahal mana sebenarnya – kalau beli kat secret resepi tak de pulak aku dengar diaorg nak mintak diskaun bagai..!) tak de orang nak beli, sudah nye, baik aku buat sendiri, beli bahan terbaik yang aku mampu, melantak sendiri, badan sendiri yang bulat macam bola… LAGI PUAS HATI!

2 Responses »

  1. Salam. So sekarang akak berniaga ap plak? Ada cadangan tak? Macam2 saya dok pk.

  2. i tak de niaga apa2 ponnn… i ingat nak jual mee goreng bawah pokok tapi tak de plak pokok yang berpotensi… Seriously… i pun tak tau nak niaga apa..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>