Ayam Kuzi

Ayam Kuzi

First time aku makan masakan yang nama dia kuzi ni masa umuq aku 18 tahun, jiran depan rumah bagi masa hari raya. Dia bagi lauk daging masak kuzi and bila aku makan, adusss… sedap nye! Aku suruh mak aku mintak resipi tapi orang tua tu cakap, mak datin depan tu bukan masak sendiri tapi tempah orang masak… kecewa nye gua dengar… Lepas tu bila cari-cari sendiri resipi ada lah jumpa, resipi tu nak kena pakai rempah kuzi pulakkkk, mana nak cari beb kat johor ni? Aku pendam kan je lah cita2 murni aku nak masak dan pujuk tembolok aku terima subsititute lain…. sampai lah tahun ni setelah aku membuli laki aku supaya membeli rempah kuzi ni masa dia pergi melilau kat terengganu nun…. heh heh…

Resipi gua cilok dari sini ek!

Bahan2 :

1) Ayam (500g)
2) Kismis Hitam (1 cawan)
3) Kacang Tanah (1 cawan)
4) Sos Tomato (2 sudu besar)
5) Rempah Kuzi (2 sudu besar)
6) Minyak Sapi (2 sudu besar)
7) Susu Cair (1/2 tin)
8 ) Bawang Besar – dhiris nipis (3 biji)
9) Bawang Merah (4 ulas)
10) Bawang Putih (2 ulas)
11) Halia (5 hiris)
12) Garam (secukup rasa)

Cara masak :

  • Goreng hirisan bawang besar hingga garing.

  • Tumbuk hancur 1/3 dari bawang besar goreng, diikuti dengan hirisan halia. Masukkan sedikit garam.

  • Gaul sebati bahan ditumbuk bersama ayam. Perap dan ketepikan.

  • Goreng kacang tanah hingga garing. Angkat dan ketepikan.

  • Goreng kismis. Angkat dan ketepikan.

  • Tumbuk hancur bawang goreng yang selebihnya.

  • Di dalam mangkuk, campurkan bawang goreng tumbuk dengan susu cair dan sos tomato.

  • Cairkan minyak sapi. Tumis bawang putih dan bawang merah (dipotong kasar) hingga agak garing.

  • Masukkan rempah kuzi yang dicairkan bersama sedikit air. Biar hingga pecah minyak.

  • Tambah air dan biar mendidih.

  • Masukkan ayam. Biar hingga ayam empuk dan kuahnya pekat.

  • Masukkan campuran bawang goreng bersama susu dan sos tadi, kismis, kacang tanah (dibuang kulit), dan bahan-bahan perasa.

* aku pakai gajus yang dalam peket tu, senang kerja and lagi sedap aku rasa…

~ Nyummm!

ayam-kuzi

9 Responses »

  1. yezzaa! sebab daging ayam tu dah serap rempah sangat sedap! ko nak rempah kuzi ni, aku boleh bagi belen hari tu… aku rasa makan dengan lempeng panas2 pun sodap!

  2. sy juga ade jual rempah kuzi. ‘Latest in the market.’ Memang lazat dan menyelerakan! Resipi timur tengah yang diwarisi turun temurun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>