Aubergine is terung…. kau dah tau..? Lalala….

Aubergine is terung…. kau dah tau..? Lalala….

Lama tak update sebab aku malas… hari ni aku nak update dengan cerita terung. Omputeh panggey terung ni eggplant, ada yang panggey aubergine, ada yang panggey brinjal (macam benjol jek…) tapi aku paling suka aubergine lah… snotty bunyi nyer kan…

Terung ni comes in all kinds of shapes and sizes, biasanya warna unggu atau mat salleh kata purple and in a variety shades of purple. Daripada unggu gelap rentung sampai lah ke hijau light2. Hari tu masa pergi pasar aku terjumpa terung kaler hijau light, macam cun jer aku tengok so sambar 2 biji. Lupa aahh, nak ambik gambar sebelum terung tu aku potong. Aku buat masak sambal jek. Selain dari masak sambal, aku suka terung masak kicap letak fresh grated daikon (ye ker nih… alah sayur yang macam terung kaler putih tu lah.. lupa plak nama melayu ~~ aa! lobak putih!)  kat atas macam jepun buat. Dulu bini boss kat tempat kerja lama aku tu pandai buat….sedap i tell you! Sadly aku tak reti, jadi terung masak sambal it is atau nama glamer nya aubergine in spicy sauce…. Kellessss nama! (DIAM…suka aku nak panggey apa..)

p.s… sebelum aku bagi resipi, aku kan memang suka makan terung walaupun laki aku kata sejuk lah banyak angin lah (macam nenek kebayan..) ini facts aku jumpa pasal terung kat wikipedia : dia kata terung ni sumber folic acid and potassium dan juga menghalang terjadi nya free radicals – yang boleh buat kita tua sebelum waktunya tu… (ahaah!) Lagi satu dia kata terung ni kandungan nikotin nyer tinggi berbanding dengan sayur-sayuran lain yang ada di pasaran. Purata nya 9kg terung –  nikotin nyer sama banyak dengan sebatang rokok! PATUT LAH….! aku sukaaa….. hahahahahaha (ketawa macam orang giler….)

Ingredients:

  • 2 medium size aubergine (cut in half length wise and then 3 segments)
  • a bowl of dried chillies (cut, throw away seeds, soak in hot water for 5 minutes)
  • 2 cloves of garlic
  • 4 shallots
  • a knob of belacan
  • 3 tbsps dried shrimp (soak in hot water 10 minutes)
  • oil for frying

Method :

  1. Put the chillies, garlic, shallots, belacan and dried shrimp (wash and drained first) in a blender and blitz finely.
  2. Fry the aubergine in hot oil until it changes colour and a little soft. Drained and put aside.
  3. Put 3 tbsps oil in a wok and let it heat, fry the rempah until the oil separates about 10 minutes. If it looks too dry pour a little water to suit the consistency you like.
  4. Put in the seasoning like salt, sugar and msg (if you like)
  5. Put in the fried aubergine and stir well to coat.
  6. Dish out and eat with hot white rice and fried omellete (well done style) ~ nyuummmm!

2 Responses »

  1. DR, ko ni apa aku suka makan, kau pun suka….. bagus lah…
    tastebud kita memang best…ke kita memang kuat mentekedarah..? (mati lah kutukan dan pengakuan sensasi…) hahah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>