Assam Laksa or Penang Laksa?

Assam Laksa or Penang Laksa?

assam-laksa-1

Dish ni aku buat semalam sebab laki mengidam. Lama dah dia mintak aku masak kan tapi baru semalam aku ada mood nak buat, nasib lah kan. Kalau kat JB ni nak makan laksa asam @ laksa Penang ni leceh, biasa nye kalau sedap jual kat pasar malam je. Itu pun tengok nasib lah… dah tu aku pulak kalau makan yang beli nih memang aku jaki dengan condiments dia tu…. potong sikit punya besar, kenapa tak masuk jek bawang setongkol kan senang..? Terus terang cakap, aku memang susah jumpa yang sedap lah, maybe aku tak pandai cari (ke aku memang kuat komplen…) tapi kalau jumpa pun mahal bagai nak rak buat apa beli kan..? Aku ingat first time aku pergi Langkawi, masa tengah merayap-rayap kat Pantai Cenang tu, jumpa lah satu akak ni meniaga kat bawah pokok. Set-up dia memang simple giler, just meja yang lipat2 tu and motor dia kalau tak salah aku (lupa lah, dah lama sangat..) yang buat memory tu unforgetable ialah, laksa yang dia jual tu…. RM1 jek!!! Sedap pulak tu!!!! Masa tu kat JB pun jual RM2, tak sedap tu… kalau sedap sikit RM2.50 , entah apasal boleh lebih 50sen pulak (pengeras pentol dia agaknya..) Aku dengan member aku tu terperanjat beruk dengar akak tu cakap RM1 terus borong dengan tamak haloba nya…. memang dasar buruk lantak….

Yang syok nyer, laksa akak singgit tu (nama baru dia) simple gila tau. Kuah not too thick, dia letak daun selom, bawang (potong tebal giler – bencik!), cili padi, telur sebelah and petis. Syok! The other time yang aku makan laksa asam yang sedap dan murah is when i was in Pulau Pangkor tapi biasa lah orang meniaga memang potong condiments bapak punyer besar….. Semenjak dari tu lah aku adjust laksa aku ikut style diaorang…..

ASSAM LAKSA

Ingredients :

  • 2 big fat horse mackarel or indian mackarel (selar kuning @ kembong) – boil, once the fish is cooked, cooled until you can handle and separates the flesh from the bone and blend using the fish water (strained first)
  • 2 tbsp blended dried chilli
  • 2 shallots, 1 garlic, ½ inch ginger – blended
  • 1 tbsp assam jawa adabi
  • 1 asam gelugor
  • 500 ml water
  • a bunch of daun kesum
  • one bunga kantan – cut lengthwise
  • 1 pack of laksa noodle
  • condiments consists of : sliced shallots, sliced pineapple, cut birds eye chilli, petis istiqamah (from Kedah) and boiled eggs

Method :

  1. Mix everything (except for the laksa noodle) and cook until it boils.
  2. Pour hot water on the laksa noodle and let it soak for a while before draining
  3. Assemble everything in a bowl and eat ~ nyuum!

assam-laksa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>