Apa itu linguine?

Apa itu linguine?

Sudah berapa hari laki gua outstation, suka hati lah tak tengok muka gua (hati ku tengah dendam kesumat nih..!) TETAPI…. walaupun hati panas sebab dia tak de lama, suka pun ada juga sebab boleh explore makanan pelik2 sikit. Kalau mamat tu ada, tak boleh masak western sebab nanti dia buat muka muncung macam ikan belanak kena hempas atas batu. Balik2 masak kicap…tensen gua! So.. dinner semalam dan juga lunch hari ini gua sudah bedal linguine carbonara. Sebenarnya aku dapat idea nak makan pasta dengan sauce carbonara ni lepas aku tengok rancangan David Rocco Dolce Vita, eleh yang tukang masak dia hensem tapi ala-ala nak botak tuuu…. Aku rasa aku tak pernah makan lah pasta carbonara ni, sebab aku ngeri tengok ingredients dia, ada cheese, krim, macam memuakkan aje (not to mention mengembangkan)…kang kalau aku tak lalu nak melantak, tak habis kan rugiiii…. dah ler bahan modal tu mahal weyy…. and then aku pun ada gak ternampak kat blog kakak2 yang excited buat seafood cabonara bagai… pun tak terbuka hati aku nak mencuba nyer…sehinggalah aku tengok si David ni masak….

Aku suka sebab aku rasa, bahan dia simple and a little less memuakkan. Linguine ni aku beli dah lama dah, dari time puasa hari tu tapi aku buat kuah bolognese campur cendawan butang yang fresh ~ kurang pulak pada tekak aku…. aku suspek linguine ni punya pasal lah… sebab dulu aku try dengan fettucine pun kureng gak pada tekak aku… maybe sebab fettucine lebar and tebal agaknya…tapi linguine yang kurus pun aku tak suka apa kes kan..? Ni gambar yang dengan bolognese sauce tu…

linguine-blognese

Nampak mengancam? Memang mengancam jiwa tapi kuah sajork… pasta tu…heeehhh… ni pulak linguine carbonara ala David Rocco ala julie…. boleh..??

linguine-carbonara-2

Sedap NOKKSSSSS! Serius sedap wa cakap lu…. betul lah, aku tak tipu… So aku tak jadi nak blacklist linguine sebab salah wa sendiri kan makan dengan sauce bukan korum dia. Anyway kalau korang nak tengok resipi original dia, korang pergilah kat sini. Aku dah modify sikit lah resipi tu sebab kalau korang nak tau carbonara ni orang itali kalau masak pakai panceta. Panceta ni BABI! kan haram tu…. tak boleh-tak boleh…. dosa! So aku tukar dengan smoked chicken yang aku jumpa kat hypermarket. Ada sticker dan logo halal, kalau dia tipu, dia tanggung lah dosa menipu berjuta rakyat malaysia. Anyway… dalam resipi ni, si david asingkan kuning telur dengan putih telur. Dia letak kuning telur tu as a garnish atas pasta, erk..! aku…. tak suka so aku lebur jek sebiji telur dalam susu dengan cheese tu. Jangan lupa pulak lada hitam, bahan penting tu and tak payah letak garam pun tak pe sebab cheese tu dah cukup masin buat aku… cuba lah! Nyuuummm!

linguine-carbonara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>