Apa dosa mu Harum Sundal Malam?

Apa dosa mu Harum Sundal Malam?

Dalam pada kepala aku tepu dengan taik, sempat jugak lah aku gi menyambut Mother’s day hari tu. Aku gi trunch (tea & lunch? ntah hapa-hapa lah diaorang ni…) dengan mak and fiza. Ramai juga orang yang sama join kitaorang mentekedarah kat otel tu…Anyway bukan itu yang aku nak cerita, aku nak cerita pasal bunga ni..

sundal-malam-1

Nama dia harum sundal malam. Tak tau lah apa dosa bunga ni sampai begitu sekali dia dinamakan tapi bau dia memang mengancam. Sangat wangi! Banyak version yang aku baca dan dengar pasal origin nama bunga ni, ada yang kata sebab bunga ni hanya kembang mekar pada waktu malam tapi aku tengok siang pun bunga dia ada gak yang mengembang so tak boleh pakai sangat theori tu..

sundal-malam2

Bunga ni aku jumpa kat lobi otel tu, sebelum korang kutuk aku jakun, baik lah aku mengaku – memang aku jakun. So lepas makan, aku ajak mak and fiza lepak-lepak kat lobi sebab kerusi dia lagi empuk, senang sikit perut nak menghadamkan makanan dan mengurangkan kepadatan isi perut sebelum sambung dengan acara jalan-jalan cari pasal pulak. Masa sessi camwhoring ni lah, hidung aku dah terbau, satu bau yang amat lah menyenang kan… si Harum sundal malam ni lah… perrgghhh…. memang harum betul … Aku tak pernah pulak nampak bunga ni dijual kat kedai-kedai bunga but i think it is a good flower to give to someone. Cantik dan wangi,¬†better than roses. Kita patut rename bunga ni to Malam Ini Kau Sungguh Harum atau pun you smell wonderful tonight…daripada panggil dia sundal kan…?

sundal-malam-3

5 Responses »

  1. Hah aha, aku ingat aku sorang. Ko tau masa aku pegi Bandung masa tu aku pregnant, makan kat satu kedai ni, aku nampak la bunga tu kat kaunter, tah apalah gila aku ke pembawakan ke , aku sungguh tertarik sampai aku asyik dok hidu2 bunga tu. Budak2 kedai tu sume dah usha semacam je pompuan ngandung ni kenapakah kan. Last2 aku mintak sentangkai, dia bagi 3 nok, perli aku la tuh, pasal tak bagi ngan pasu2 sekali tah. Aku p[enah jumpa anak pokoknya kat nursery, dah nak bayar tetiba mcm aku terngiang-ngiang la plak lagu pontianak harum tu kat telinga aku, kensel. Mana tau kot tetiba dia datang menyanyi-nyanyi lak kat umah aku tgh malam, angin ahmar plak mak.

  2. mungkin zaman dulu ramai sundal yang selit bunga ni kat telinga masa nak pergi menyundal malam-malam

  3. Happy Birthday…Selamat Ulang Tahun…Semoga Allah Panjangkan Umur & Murahkan Rezeki..Amin.

    pssst…aku call ko tak jawab.

  4. DR,

    ko ni ada je lah…. tapi aku memang nak cari anak pokok ni. I like living dangerously…chewah… bunga ni serius wangi lah nok… syok!

    RK,

    tak kira lah sundal tu tak sedap bunyi. lain lah kalau you smell good bitch..wuaarrgghh…. nevermind… aku je rasa kelakar…

    JM,

    HP silent mode noks, tgk wayang. Thank you.

  5. empty space,hahahahaha lawak lah…baru tgk tadi dkt tv1 punca nya mitos zaman dulu2 lah,ada seorg penari ni dia suka bunga ni,dan dia pon pakai lah dkt rambut dia lps tu dia menari,bila dia balik…penari tu kena rogol dan mengandung lps tu dia lari dalam hutan dgn perut yg boyot tu dan beranak dalam hutan dan mati…lps tu jd pontianak,hahahaha betulkah….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>