Apa-apa lah Labu…

Apa-apa lah Labu…

p>Wow..dah masuk 5 hari kita berpuasa and aku belum tepek sekali pun apa aku makan for buka puasa…hahaha malas sebab cuti lama. Stended la kalau cuti, macam2 benda nak buat so tak dan nak mengadap blog. Ni tengah keje, rajin pulak nak mengupdate, sebab bosan kan? Mengular je keje aku….tak de nye mengular sebab aku ni multi tasker, 5 in 1 pun boleh ek… aargghh never mind.. mari tengoks gambar. BTW aku macam tak kuasa nak menyebut iftar. Rasa macam satu lakonan pulak sebab dalam perbualan harian aku, tak pernah pun menyebut iftar. Buka puasa, yes berbuka puasa not bukak puasa…. eh, eh… hover pulak….

So, 1st day buka puasa aku teringin nak makan mee siam berkuah. Biasa lah time2 puasa ni mana selera sangat nak makan nasi… time tak puasa, kebulur, nasi jugak yang aku cari… hahaha

20150618_192106

tapi seperti biasa, aku kalau masak mesti kurang masin. Tak kisah la, adjust lah kan? Bila dah rasa? Tak de hal lah..

Hari kedua, aku teringin nak makan nasi lemak pulak. Gatal sungguh tekak aku ni, nasib baik tak menyusahkan orang. Sendiri teringin, sendiri masak, ini pun kurang berasa… apa ni, asal masak semua nye kurang masin….

20150619_191944Gigih ok, bungkus dengan daun pisang lagik… hahaha

Hari ke tiga aku rasa adalah yang paling ambitious yang aku pernah buat la.. masak soto dengan roti jala…. Masak soto sebab ada orang dah volunteer nak buat begedil, masak roti jala sebab nak habiskan kuah kari yang mak aku masak hari pertama puasa.  Tapi ya allah, punyalah penat bila dah siap masak tu, tuhan je yang tau. Nasib baik masak cepat, siap terus tergolek lah dalam bilik…. mokcik dah tuo….

20150620_201222

Roti jala ni lah yang membuat aku kaput…. panas wooo mengadap kuali.

20150620_202139

 I find that semenjak, dua menjak dah semakin tua ni, perut full tank cepat bila makan… tak boleh sumbat banyak2, itu yang gambar ni simple jek. For the sake nak amik gambar. Aku dah kebotong giler time ni. Padahal makan roti jala jek….  cheh! Kurus nye tak jugak….

Ok itu saja update untuk hari ini. Sendiri update, sendiri baca, sendiri meluat. Aku tengah tak de mood, so tak idea-idea bernas nak merapu. Segala ayat yang keluar adalah ayat2 skema nak mampus. So… babai!

EDITED TO ADD : Eh, eh, lupa plak…..kita dah puasa 5 hari kan? Aku letak sampai hari ke 3 jek sebab hari ke 4 dan mungkin juga hari ini dan seterusnya… aku nak pergi PARAM jek….. hahahaha sebab malas dan kepenatan….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>