Aku menulis bukan kerna nama……

Aku menulis bukan kerna nama……

Semalam hari jadi Sultan Johor. So Johor state is on public holiday! Yay! Syok tak payah bangun pagi pergi kerja…. tapi kena bangun pagi gak sebab nak pergi jenjalan ke Telok Gorek!! Jeng! Jeng! I know lah that day i dah blacklist itu tempat tapi seperti kata anak bongsu, ‘nilah orang melayu, tak de pendirian…!’ Hah! peduli hapa aku…. Telok Gorek tu, setahu aku masih lagi tempat awam so suka hati mak mertua laki aku lah, aku nak pergi… hehe…. Anyway, semalam kami pergi berempat. Anak bongsu, wifey, mak aku dan aku. Laki aku tak ikut sebab dia ada trip dia sendiri so dia boleh belah…. hmmmm. Sampai Telok Gorek pukul 1pm, tengah panas terik, tapi air surut…. so tak cantik! Kami bentang tikar piknik kat sebelah kereta jek sebab anak bongsu dah kebulur giler…. tapi yang tak best nyer orang sebelah kami tu main kereta wireless dekat sangat dengan tempat kami, sampai batu-batu kecik tu terpelanting kena kami. Dia buat dunno jek, sungguh lah bengap manusia macam tu, nak aje aku ambik kereta wireless dia tu and timbus dalam pasir. Lepak kat Telok Gorek kejap jek sebab bila dah makan tak de reason untuk stay, dengan jiran sebelah yang tak reti nak respek privacy orang, dengan keadaan pantai yang tak cantik, angin pun tak de sepoi-sepoi bahasa memang tak best lah!

Pukul 1.30pm gerak pergi Tanjung Leman pulak. Sampai Tanjung Leman, pergi ke Jeti untuk solat. Nasib baik charge cuma RM1 sebab biasanya charge parking ialah RM4 untuk 1 hari. Lepas tu pergi lepak dekat beach dia. Kat sini ada satu resort – Tunjuk Laut Resort. Awal tahun ni ke, akhir tahun lepas aku pergi Tg. Leman ni, nampak resort ni kena tinggal, sekarang rupanya ada owner baru sudah beli lah… Bangunan tu bangunan lama tapi dah dicat baru lah… nampak menarik. Lepak kat bawah pokok, best wooo…. angin sepoi-sepoi bahasa tapi spoil sikit lah… tengah syok menikmati pemandangan laut tu tiba-tiba terdengar bunyi macam kain koyak…. prraakk! perlahan tapi jelas….. aku pandang anak bongsu, anak bongsu pandang aku, pandang wifey, wifey pandang aku, pandang mak, mak pandang aku lepas tu hambek… meledak lah ketawa…… rupa-rupa nya makcik kat tempat sebelah tu sudah kentut lah….. hehe..kelakar! Actually makcik tu agak jauh tempat dia dari kami tapi punya lah power bunyi kentut dia…sampai kami boleh dengar. Nasib baik bau kentut dia tak sepower bunyi nye. Kesian makcik tu, mesti dia bengang kan… bila kami pandang balik, dia sembunyi kan muka belakang badan cucu dia…. hehe…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>