Aku macam bitch, so what?! Ko ingat ko bagus sangat?!

Aku macam bitch, so what?! Ko ingat ko bagus sangat?!

Minggu ni aku rasa jiwa aku ada sedikit terganggu. Aku dapat tahu ada seseorang yang aku anggap kawan/kenalan telah mendelete aku dari friendlist dia kat FB (OMG, macam tak percaya i just typed those words… macam budak2 sey!). Seorang jantan hokay?! Aku hantar message tanya dalam lawak why dia delete aku but i never got a response and then i found from the friends that we share that dia kahwin kan adik dia and he never invited me. Apa kah? I get the message loud and clear lah, aku ini tidak dianggap kawan. Apa yang aku tak paham, selama ni aku dengan dia ok jek, kalau jumpa civilised, berbual, gurau sotong, tetiba dia anggap aku public enemy number one pulak? Whatever…! NO,  not whatever, gua sakit hati ok, selama ni memang aku tak de buat salah dengan dia, tak kacau hidup dia, tiba-tiba tak nak kawan dengan gua, pelik, ok. Entah lah, dulu dia pernah cakap dia tak suka aku garang, siap quote muka aku garang ni, masaalah nyer aku garang, aku ada marah kau ke?! Kalau aku marah kau, mesti kau ada buat salah dengan aku kan, like pakai aku punyer password sesuka hati nenek sapa2 kan? Tak berbual dengan aku dah lama, tetiba tak suka kat aku sampai delete and tak nak kawan bagai. Whatever lah!

Lepas tu, ada seseorang dalam lipatan sejarah aku, yang dah datang balik dalam hidup aku. Pompuan pulak hokay? Dia ni dulu telah membastedkan hidup aku kow2 kapow tapi….. aku terima jugak phone calls dia. Aku tak sampai hati lah, walaupun aku pernah cakap aku TAK AKAN baik semula dengan dia. WTF lah dengan diri aku ni kan? Macam tak de pendirian tapi untuk menyedap kan hati sendiri, aku cakap; i am only talking to her because i don’t want to stoop to her level. Yelah sanggup basted kan BFF sendiri untuk kepentingan hidup. Macam celaka tau pompuan tu and now she expects me to just accept her with open arms. Dalam pada buat baik dengan aku, sempat lagi melaser dan menghina aku, wtf lah wey! AKU ni yang WTF LA WEY! Masih lagi layan pompuan pisau kai tu. Dalam 2-3 minggu yang dia call aku balik ni, aku ada jugak tertanya-tanya apa disebalik batugemala kepala hotak dia tu? Dia mesti ada benda yang dia nak dari aku ni, bukan nye nak kawan dengan aku secara jujur. I was right sebab 2-3 hari lepas dia mintak tolong aku, nak kan information about our corporate customer, dia nak potong trip untuk company dia. BABI TAK?! HALLO, memang aku tak cinta kat company aku sekarang ni tapi sebagai pekerja aku ada integrity ok, ini amanah yang diberi pada aku, how dare you use our flimsy friendship as an excuse to extract information from me. Kalau lah aku kena buang kerja, dia nak bagi aku duit ke? Cukup-cukup lah jadi pisau KAI, tikam belakang orang!

Seorang lagi kawan aku yang pernah dibasted oleh pompuan pisau KAI ni, memang aku kawan lagi lah sampai sekarang. Alah yang aku kutuk, sebab dia cakap anak campuran dia tu tak seksi sebab putih melepak… ha dia tu lah. Serius cakap memang aku sayang dia lah kan, we’ve been through so much together and si baby tu pun aku punya sayang sampai tak boleh tidor malam pikir pasal dia tau.. TETAPI walau aku sayang dia, aku tak suka lifestyle dia. Serius tak suka, as a friend dan sebagai orang islam jadi tanggungjawab kita untuk tegur. Benda ni pun buat aku serba salah, bukan aku tak pernah tegur cara lembut tapi dia tak suka, habis apa aku nak buat? Tak kan aku nak laser dia pulak, menyakit kan hati orang tak tentu pasal, macam lah aku ni betul sangat. Bukan dia tak tau hukum hakam.  Aku tak suka sakit kan hati orang tak de sebab. She’s a good friend and a good person, cuma right now cara hidup dia jauh dari landasan islam, tak kan aku nak jatuhkan hukum and stop being her friend? Kita bukan tau apa akan jadi masa hadapan, entah2 tuhan bagi sinar hidayah pada dia laki bini, kan bagus? Bab ni pun si pompuan KAI tu ada ajak aku ngumpat, aku layan kan aja, (keji nye aku..) tapi tup2, pecah lubang dia pun buat benda yang sama…. Macam mana ni? Mengata dulang paku serpih, mengata orang sendiri lebih. Penat!

Dalam pada aku feeling2 rejected sebab ada orang tak moh kawan dengan aku, aku pun buat macam tu kat orang lain. Dah puas aku pikir benda ni and whether i need to explain. Mula tu aku rasa apahal pulak aku nak explain, aku punya suka lah kan? Explain ke tidak, orang dah memang judge pun but i have to make one thing clear, aku stay away bukan pasal aku rasa kau jahat atau whatever shit yang yang kau cakap tentang diri kau. Aku tak suka kau merendah kan diri kau sendiri. Kalau kau rasa benda yang kau buat tu salah, then stop it. I cannot stop it for you. Kau tau apa yang betul, apa yang salah, apa yang haram, apa yang halal. Jangan ungkit hal2 kisah lampau aku untuk sedap kan hati kau. Memang aku banyak buat kesilapan dalam hidup aku and i am trying to move on, to ask for forgiveness (from god), aku harap kau pun boleh maafkan aku dan berhenti cerita tentang benda tu. Tengok lah keji tau aku ni, tadi aku tak nak stop being a friend tapi kali ni aku nak jauh kan diri pulak. Susah lah nak cakap, bila orang bercerita tentang benda yang tak betul, bila buat tak tau, kau bersubahat, bila kau layan pun bersubahat, abih macam mana? Kau kawan aku yang paling lama, dah lama aku jadi pendengar setia kau, dah lama aku tolong marah terhadap situasi yang kau hadapi, you can do something about those thing but you chose not to, so i chose to stop listening. Kau sememang nya sentiasa dihati aku. Aku sayang kan kau tapi aku tak sanggup lagi nak bersubahat. Satu hari nanti, kalau kau rasa perlukan aku, kau tau nak cari aku kat mana. Aku minta maaf sebab dah lama tak call.

Hmm… berbalik pada jantan FB yang delete aku tu, hari tu aku terserempak dengan dia kat company si pompuan KAI, aku ada urusan kat situ. Masa aku masuk tu, pompuan KAI tengah duduk berbual dengan dia, so bila dia nampak aku, dia terus bangun. Jantan tu tak say hi pun, he just sat there looking at the wall, pretending not to notice me. Jangan nak kencing lah cakap tak nampak aku yang besar macam aisbok ni! Wtf!? tengok dinding sebab takut aku tau dia mintak kerja kat company si pompuan KAI….. siap text pompuan KAI telling her not to tell me, which she did anyway… Jantan FB, who the fuck you think you are kidding, i saw you in the glass room being interviewed by the HR manager, takut gua cakap kat SB boss KITA? Kau memang tak kenal aku lah, sia-sia 10 tahun aku anggap kau kawan aku. I don’t give a fuck what you do and you should know better than to think i will tell everyone. Bodoh, aku pun tak hingin your friendship!

6 Responses »

  1. heavy gila entry kau nih..
    aku pun dulu ada waktu rasa rejected,
    kengkadang within family circle lagi.. (long bored story)
    BUT aku brenti nak rasa kekecit hati nih..
    one door closed, other door opened..
    stakat kawan sotong kau tuh (is he the indian guy company lama kau keje tuh?. memandai aje aku tembak, haha)
    kau cari aje kawan lain..

    waa,sesuki aje nak komen pepanjang kan, hahaha

  2. puan hantu,

    heleh… tak de lah heavy mana, saje jek nak luah perasaan…
    kan.. aku rasa semua orang pernah rasa rejected cuma nak mengaku atau tidak je… but you are right, one door closed, the other door opened, contohnya aku kenal kau… walaupun hanya di alam maya, i really appreciate the friendship…. (wah… gilos jiwang aku hari ni..)

    Btw, jantan tu bukan sotong india tu lah… yang ni jantan hetero tapi perangai tak moh geng ni ngalah kan pompuan. Setau aku, orang jantan ni biasa nya tak ambik port pun, diaorang buat tak kisah je…

    aku tak kisah, komen panjang macam satu entry blog pun tak pa…. hahaha……

  3. Salam…
    aku mintak maaflah pasal buat kau sama2 bersubahat dengan cara hidup aku selama ini rupa2nya…tapi aku tak faham pulak bila dgn orang lain yang mana kau kata as below:

    She’s a good friend and a good person, cuma right now cara hidup dia jauh dari landasan islam, tak kan aku nak jatuhkan hukum and stop being her friend?

    Correction please okay..aku tak pernah pun ungkit as ur statement below:

    Jangan ungkit hal2 kisah lampau aku untuk sedap kan hati kau.berhenti cerita tentang benda tu.

    btw..thanks for” pendengar setia kau” (setau aku…aku yg kena tadah telinga banyak) tak kisahlah tu…blog kau kan? takkan nak citer kau pulak yang keji.

  4. hahaha… tau pun blog ni blog aku, tak kan tulis kekejian diri sendiri…

    tulis kekejian orang lain pun tak letak nama siapa tapi bila sendiri menjawab sendiri yang buka pekung lah…

    Aku memang ‘pendengar setia’ kau sebab? AKU yang talipon kau… Bila tak call, tanya pulak kenapa lama tak call? bila call, kau rasa terpaksa mendengar, sebab tu selalu menguap time aku bercerita, selalu buat suara tak interested bila menjawab kan? macam aku tak perasan, tapi bila kau bercerita pasal bf2 kau, kau nak kan perhatian aku sepenuh nya… ok lah tu.

    Sudah lah.. stop bagi komen kat sini… stop baca nlog aku pun lagi bagus..

  5. bukak pekung better dari mengada2kan cerita….yelah terpaksalah call sebab nak cerita pada siapa lagi kisah2 sensasi kalau bukan si pekung ni yang kena dengar…

    from 1 n half hour yang konon2 jadi pendengar setia aku tu ..rasa2nya cerita bf2 aku cuma 10 minit pastu terus kena potong dgn cerita sendiri..tak gitu?

    oklah… memang betul ni blog kau dan memang kau je yang betul..so aku mintak maaf mintak ampun…don’t worry aku takkan buat kau jadi manusia berdosa macam aku….may god bless u….amin

  6. yeszaaa….. 24 tahun aku mengada-ada kan cerita untuk hiburkan kau, at last sudah pecah lubang (tak sangka kau tak terhibur kan?). kalau dapat gaji, jadi balaci dengar cerita aku, mesti kau dah kaya raya sekarang. tak pe lah sekarang aku pecat kau dari jadi balaci aku, tak payah dengar cerita dongeng lagi. Sendiri punya cerekarama pun tak habis lagi skrip. Macam aku cakap lah mengata dulang paku serpih, cakap orang dongeng, sendiri lebey….

    SUDAH LAH! Kalau kau betul nak gaduh datang rumah aku, boleh luah kan segala rasa tak puas hati kau sebab TERPAKSA mendengar cerita DONGENG aku, jangan menyemak kan komen box ni. ke…kau pun ada hati nak jadi macam aku, jadi penglipurlara?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>