Aiyoyo….Kadawaleh….

Aiyoyo….Kadawaleh….

Banyak lama tara update….. Balik keje asyik kepenatan melampau and tidur awal… tak de masa nak pikir apa dah…. Kadang ada masa pun sibuk buat benda lain… laa hari ni barulah nak jengok-jengok blog sendiri sudah bersawang-sawangan… tapi tak kisah, i like sawang, boleh feeling-feeling rumah puaka muahahahahah! Lately ni aku rasa aku banyak sangat simpan manusia puaka dalam hidup aku… hahahah macam lah banyak sangat, sorang dua, tiga je kot..?

Contoh2 manusia puaka ialah, orang yang buat baik dengan aku bersebab… bukan sebab dia anggap aku kawan dia tapi sebab dia tak de kawan lain jadi aku pun boleh lah jadi filler, sementara tunggu kawan betul dia ada masa untuk dia… Puaka besar! Orang yang buat baik dengan aku sebab ada kepentingan kerja, senang nak mintak tolong. Puaka besar! Orang yang anggap aku ni bodoh, layak ditinggalkan bila dah tak de kepentingan, yang rasa aku ni, i quote “deserve whatever scar that is inflicted on you” – puaka besar naharooom! Orang yang rasa tak de masalah nak buruk-burukkan aku kepada kawan2 in the same circle but later on cari aku balik and claimed she misses me? Puaka tebing biru yang hodoh nak mampus! Orang yang time happy tak reti nak mengontek aku tapi time sepi, dan, dan boleh ingat nombor tepon aku – puaka talipon, ¬†Orang yang boleh habiskan duit untuk orang lain tapi bila time nak kontek aku, asyik miss call, suh call balik… – puakasss! Orang yang boleh tinggalkan aku berbulan-bulan lama nya tanpa ada rasa bersalah dan berdosa and bila balik terus nak resume make my life a living hell – puaka jantan momok laut!! So you see, dengan begini banyak puaka-puaka jantan dan betina dan momok laut, mana lah tak letih hidup aku… Mana nak layan kerja siang hari, these puaka semua live rent free dalam kepala hotak aku, membebankan tau!

So, one day, i decide to do spring cleaning. Aku buang semua yang menyemakkan hidup aku ni. Biar tak ramai kawan janji yang tinggal tu, betul-betul ikhlas nak berkawan dengan kita. Cakap lah apa pun kat aku, tak kisah dah.. aku tau realiti hidup aku, aku tak pernah rasa diri aku baik, in fact dosa yang ada ni tak ter’taubat lagi… buat apa lah aku nak pikir kan hal orang lain? Buat hal sendiri lagi bagus, lebih baik pikir macam mana nak dekatkan diri dengan Allah. Cuma itu lah, sifat nak mengomplen bila tak puas hati tu memang susah aku nak tinggalkan… Susah sangat aku nak jadi submissive and accept and redha bila something doesn’t go my way…. contoh bila makan kat kedai yang mahal tapi tak sedap, budak yang jaga cashier macam haram, orang bawak kereta besar dan mahal makan jalan aku, nak belok tak signal, keluar dari simpang tak berhenti, main taram laju jek…. semua buat aku hangen satu badan….. haishhh! Citer sampai end of time pun tak habis la…. dah-dah… baik tengok gambar nasi ayam yang berapa menjadi ni…. hahahaha! Walaupun tak berapa menjadi habis gak aku bedal….

nasiayamlagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>