Daily Archives: June 24, 2015

Kaduk naik junjung – Resepi lemak daun kaduk

Kaduk naik junjung – Resepi lemak daun kaduk

Tajuk tak nak kalah kan? Eh, eh, rajin pulak aku hari nak update banyak-banyak…. Tengah ngantuk ni, daripada aku tersengguk-sengguk baik aku merapu… Tau tak daun kaduk? Dulu aku selalu dengar pasal daun kaduk tapi tak pernah nak amek port. Until one day, i found this….

20150429_185629

Yeszaaa uolls, bapak aku tanam rupanya menatang ni and tengok lah sangat meriah korang ye…? Huh, daun kaduk ni masak lemak pun sedap uolls, mak aku pernah masak lemak pucuk ubi, letak daun kaduk dan beberapa daun yang lain, sedap! Ada sekali tu, aku teringin nak makan lemak tu, tapi tak de daun ubi, tengok rimbunan daun kaduk ni, aku terpikir, why not just just semua daun kaduk?

20150429_202033

Yang ni aku ada include daun kunyit sikit sebab itu je yang ada…. daun kaduk tu mana yang lebor, potong ler

Bahan2 lain yang diperlukan :

  • Ikan kembung – rebus and carik isi
  • 2 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • ikan bilis segenggam
  • lada hitam
  • 1 cm halia
  • 1 kotak santan

Masak dia senang je, semua lebur dalam periuk and tunggu mendidih and daun tu lecur.. siap!

20150429_205005

I makan ni dengan budu.. yes you heard me, BUDU.. sedak tuh… tengok nih gamba budu aku… menarik kans? Tambah pulak ada ikan sepat masin goreng….pergghhhh! Isshhh! Time-time macam ni lah aku dok sibuk nak bercerita pasal makanan… hahaha

20150429_204947

Babai!

Resepi Kerabu Mangga Simple

Resepi Kerabu Mangga Simple

Kan aku dah cakap, memang tak masak punye untuk berbuka puasa time2 keje ni…except for semalam. Tapi tak dan nak amek gambar, letih bebenor and masa tu hp charge… haha

So, untuk tak menghampakan ntah siapa pun aku tak tahu, aku nak share ler simple resepi of Kerabu Mangga. Sebelum ni dah tepek kat FB, aku recycle je lah kat sini. Senang nak cari… hihi Let’s tengoksss —->

¬†20150428_202251First of all to make kerabu mangga, you would need…duh… mangga. Preferably mangga muda. Lepas tu kopek kulit dia and racik macam ni. Aku setelah bertahun and countless frustration, jumpa dengan menatang kat bawah ni untuk menyenang kan hidup bila nak buat kerabu. Brand Fakelman jumpa kat Giant… haha

20150428_202309

Bahan lain yang diperlukan :

  • Mangga muda
  • 2 ulas bawang putih
  • 1-2 biji cili padi
  • udang kering
  • sos ikan / nampla
  • Ikan bilis goreng
  • sebiji bawang merah – hiris halus
  • kacang gajus
  • tomato
  • limau kasturi/nipis
  • garam & gula

Sebenarnya pada aku, nak buat kerabu ni tak ada specific resepi. Ke…. memang style aku masak memang tak pernah nak ikut law. Ikut sesedap rasa je… hahaha tak tau lah… yang penting, makan sedap.. Bawang putih tu tumbuk dengan cili padi sampai lumat, letak dalam mangkuk mangga yang dah diracik. Tumbuk udang kering yang sudah di rendam dalam air panas sehingga lumat. Campak dalam mangkuk tadi, pendek kata semua main tumbuk, campak, tebor lah….

20150428_204002

¬†Lepas tu gaulkan sehingga mesra, rasa garam gula nye, dah siap! Senang keje… Ishhh tengok gambar ni, teringat pulak kesedapan dia… hihi. By the way, pakai mangga muda yang hampir masak lagi sedap!
20150428_204309

Ni rupa selepas digaul rata. Sorry gambar yang plating cantik2 tak ada…. Tak ingat nak amek, dah gelojoh nak makan… Sebenarnya aku ada buat video pendek macam mana nak guna peeler kat atas tu. Buat tu pun atas permintaan kawan kat FB, aku pun apa lagi gedik je lah buat… nanti lah aku share kat sini, update pakai hp ni susah dong!

Babai!