Makan-makan caarriii passalllll – TGIF, Wisma JOTIC

TGIF…Thank God It’s Friday ~ Alhamdullilah dah hari Jumaat, besok tak keje..Yippeee!! Bolehh? Semalam pi makan kat TGIF Restaurant kat JOTIC… aku rasa last time aku datang makan kat sini was 15 years ago….. ke lebih ek..? Kurang pulak daya ingatan kepala hotak aku ni… tapi memang lebih dari 10 tahun, confirm!! So aku dah lama ajak adik aku teman pi sini, nak ajak en. hubby ke my maman ke..memang tak kesampaian la…. semalam  baru sampai hajat tapi aku rasa lagi 10-15 tahun lah aku akan kembali makan ke sini….itu pun a very big KALAU macam …… kalaudahtakadatempatmakanlagikatJBdanakuakanmatikebulurpunyalapar  which really means TAK AKAN la… kan..? Muahahaha paham ke? Tak paham sudehh…

These was the food that was ordered ..

Aku oder ikan salmon….. ikan tu sedap tapi muak sebab tak de sos whatsoever… dah tekak melayu kan..? Makan ikan bakar pun ada sambal kicap weyy… ini dia bantai suh perah limau aja…. mokcik agak keciwa… apa lah salah nye letak tartar sos ke? white sos ke? apa-apa sos lah kecuali sos cili and sos tomato heinz dia tu..? Ke memang boleh request, aku je yang jakun tak tau..? hihi.. macam tak berbaloi pulak.. rega dalam RM39+. Mokcik juga order french onion soup…. aku rasa aku masak onion soup lagi sedap…. and aku agak sentap lite-lite dengan server kitaorang tu… hallo budak! just because mokcik now wears tudung, had gotten a bit rotund (a bit keee??) and aged a little doesn’t mean i’m an ignorant fool ok..? Nyampes betul, i think he was trying to be helpful, unfortunately i feel offended and felt he was being condescending…. haaaaaahaaa.. sue me! :P I know what melted cheese look like, you don’t have to point it out to me…. and you could at least give us time to peruse the menu before standing there and then had the audacity to look bored because we took too long to order… Kebongokan berganda!

Ini adik aku order, i think it was tennesse steak ke apa ntah…? Aku tak ingat… yang aku ingat ialah… sos dia maniiissss… and pada aku tak sedap… the steak was nice… tak de lah macam makan steak RM5 hengget kunyah 3 hari and end-up dengan hampas daging aja…. muhahahaha… sangat keji, mengutuk lagi…. issh! Harga steak ni aku tak tau .. but i suspek dalam RM50+ mahalll weeyy!!

Ini apa si jarimok order….. aku rasa this time, dia menang la…. sebab pada aku steak dia sedap…. ini sirloin steak dengan blackpepper sos, cheesy mash potatoes and brokkoli..Nyumm! Sedap!! Cuma kalau aku yang order, i would order medium well not well done… hehe :D  Harga dalam RM44+

Budak2 ni order air kaler-kaler… hijau dengan merah tapi ya allah…MASAMMM!!!! Kecut telur (kalau aku ada telur la..) time minum…. BBuurrgghhhh!!! (Bayang kan ala-ala kuda vibratekan bibir sambil menyeringai tayang gigi dia yang besor..)

So..itu lah dia adventure aku masa makan kat TGIF… total kerugian semua sekali adalah RM209. Memang tak akan lagi aku datang makan kat sini, kecuali ada orang nak belanja………muahahahahha —> evil laugh and kentut yang busukk! :P

sekian terima kasih…

Posted in Food, makan place aroung JB, makan2 cari pasal | Leave a comment

Boriinnggg….

Worldness wednesday… (typo tapi malas nak edit…. boleehhh???) :P

Posted in Boring + bosan = meraban, Food | Tagged | Leave a comment

Naga Air sangat la…

Weeyyy.. aku adalah sangat busy these few days… busy apa ntah..? tapi memang tak sempat nak nyibuk2 update blog.. not that ada orang tertunggu-tunggu keennn.. Walaupun sana sini orang as in ‘BLOGGERS’ (nak muntah aku…) claim that blogging is soooo lame ke watever.. aku….. eh… lupa plak, apa point aku.. arrghhh… sekalang pukul 3.48am, baru habis siapkan barang2 nak bbq besok.. penat nye kepala hotak tapi tak boleh nak lelap plak… sebenarnya aku nak mengutuk benda alah ini…

Kereta ni kereta someone kerja kat opis aku.. aku kenal lah… eventhough tak rapat tapi tau lah nama and so on… Aku rasa dah nak masuk 4 ke 5 bulan dia beli kereta ni tapi kau tengok… plastik balut seat tu tak bukak lagiiiiii… punya lah cermat giler! Kalau aku… tak sempat nak keluar dari showroom aku dah baraikan plastik tu.. tak kuasa aku nak duduk and drive dengan bunyi plastik kosek-kesek kat bonbon aku yang megamax ni…. And yang paling kelakar, hari tu aku nampak dia keluar pi lunch, bawak budak2 section dia naik kereta ni… hehe..apa perasan duduk atas plastik cover tu ek..? HAHAHAHAHAHA… keji nye aku ketawa kan dia.. tapi pada aku, you pay a lot of money, why not enjoy it… simpan dalam plastik takut rosak, bonbon dia berpeluh keluar asid ke? boleh rosak fabrik…. muhahahahah… memang keji sekali lagi ketawa kan orang…. :P  Ini macam kes mak-mak zaman dulu, beli pinggan mangkuk mahal-mahal letak dalam almari, alasan nak pakai time-time istimewa saja… so hari-hari, makan pakai pinggan ayan… hahaah… sudahnya sampai dah tua and meninggal, pinggan tu adalah sekali dua je pakai.. sayangnya.. bukan ke lebih baik pakai je hari-hari… dah dibeli, pakai je lah.. walaupun pakai hari-hari, masih boleh cermat kan..? kalau rosak, dah memang masa dia, tak pe lah… pada aku menyeksa diri jek, terlalu cermat…. hahahahaha..kata-kata dari seorang yang memang buragas dengan barang…. tapi aku PUAS pakai ok..? :P

Posted in Boring + bosan = meraban, MARI CERCA | Tagged , | 2 Comments

Tak perlu kata apa-apa…..

Posted in Boring + bosan = meraban, Food | Tagged | Leave a comment

Kek Baldu Merah Konon…? Baldu keeeee ko?

Ini le rupe red velvet cake aku yang tak berapa nak velvet dan tak berapa nak red… capuk-capuk ada lah…. hahahahaha…. Secara jujur nya lah… ini kali kedua aku buat kek baldu yang tak berapa nak baldu ni…. and secara jujur nya jugak, aku tak paham apa yang diaorg menggila sangat pasal kek ni..? Nak kata sedap sangat, tak jugak… rasa macam chocolate cake je.. dah la pewarna merah setengah botol… bukan ke tak bagus tu..? Banyak sangat makan pewarna? Kalau aku nak puji yang best pun ialah creamcheese topping dia… itupun kalau buat macam yang aku buat ni la… kalau kena macam yang aku beli kat niniq bakery tu, tak sedap mana pun…. rasa macam berminyak aja…. Kalau aku  jual Red Velvet Cake ni, aku nak jual 1 biji RM50.. Topping dia mahal dol! Itu pun untung tak seberapa, cukup buat lepas 1 capucinno venti ja…. :P

Btw, aku buat kek ni pakai resepi INI, next time aku nak try resepi INI pulak…

Posted in Boring + bosan = meraban, Food | Tagged | Leave a comment